Minggu, 14 April 2013

Ambiga lagi nak berselindung...kantoi melantun-lantun!

KUALA LUMPUR – `Sudah terang lagi bersuluh’.

Dakwaan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) kononnya perjuangan mereka dalam menuntut sebuah pilihan raya yang bersih dan adil selama ini bukan bertujuan memberi kelebihan kepada parti pembangkang terbukti indah khabar dari rupa.

Ia apabila sebuah portal berita propembangkang hari ini memaklumkan Pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) itu, Datuk S.Ambiga muncul di pentas kempen pilihan raya Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Lembah Pantai malam tadi.

Tindakan Ambiga itu cukup memeranjatkan kerana beliau selama ini `melaungkan’ Bersih tidak berpihak kepada mana-mana parti hingga menyebabkan segelintir rakyat terpedaya dan terjebak dengan demonstrasi haram jalanan anjurannya.

Meskipun Ambiga cuba memberi alasan tindakannya berucap di platform parti pembangkang kerana sekadar memenuhi jemputan daripada pembangkang , tetapi perbuatannya itu sama sekali tidak boleh diterima dan boleh dianggap satu pengkhianatan kepada perjuangan Bersih selama ini.

Portal berita propembangkang itu melaporkan Ambiga muncul ke satu majlis bersama Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar malam tadi dalam satu majlis berhubung kempen pilihan raya penyandang kerusi parlimen Lembah Pantai.

Kemunculan itu juga dilaporkan menunjukkan Nurul Izzah berjaya mendapatkan bantuan pemimpin Bersih tersebut pada PRU13.

Ambiga dalam ucapannya malam tadi bagaimanapun menegaskan bahawa beliau tidak menyebelahi mana-mana sisi politik dan akan turut berucap di platform BN.

“Saya menerima jemputan dari Pakatan Rakyat,” dakwa beliau. – mynewshub.my

Tidak ada komentar:

Posting Komentar