Kamis, 11 April 2013

Bekas MB Selangor bakal sertai PAS pulak dah....

SHAH ALAM – Spekulasi bekas menteri besar yang didakwa akan menyertai Pas dalam waktu terdekat sebagaimana didedah Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin kelmarin kemungkinan besar adalah bekas Menteri Besar Selangor.

Sumber Pas membayangkan bekas Menteri Besar Selangor , Tan Sri Muhammad Muhammad Taib adalah individu yang dimaksudkan itu diperkuatkan dengan kenyataan dua pemimpin tertinggi Pas Selangor yang tidak menafikan kemungkinan perkara itu berlaku.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman ketika dihubungi tidak menolak kemungkinan bekas Menteri Besar Selangor yang lebih mesra dipanggil Mat Taib itu akan menyertai Pas dalam masa terdekat berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Timbalan Pesuruhjaya Pas III Selangor, Khalid Samad.

“Beliau (Mat Taib) tidak ada hubungi saya. Saya tidak dapat mengesahkan perkara ini.

“Saya difahamkan, beberapa pegawai kanan Mat Taib ada menghubungi Khalid malah pegawai-pegawainya juga telah mengisi borang keahlian Pas seumur hidup,” katanya.

Muhammad menjadi menteri besar Selangor dari 1986 hingga 1997.

Dr Rani berkata, beliau hanya mengetahui perkara tersebut setelah diberitahu oleh Khalid sewaktu makan selepas mesyuarat ahli jawatan kuasa Pas Pusat, Selasa lalu.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar