Minggu, 14 April 2013

Calon Ulama untuk tarik undi, PAS letak calun kafir buat apa pulak?

KOTA BHARU: Jika Umno memilih golongan ulama sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), ia hanya bertujuan untuk meraih sokongan pengundi, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Wakaf Bharu, Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

Beliau berkata, Umno jika benar menjadikan ulama sebagai calon mereka maka golongan itu hanya digunakan pada musim pilihan raya.

"Ulama ini bukan setakat pada musim pilihan raya tetapi (mereka) berjuang dalam Islam dari budak-budak, yang bersekolah, pelajar dan mahasiswa sehingga kepada mereka yang sudah tua.

"Mereka (ulama) beristiqamah dan mengajar orang ramai supaya mengikut sunnah-sunnah Rasullah S.A.W," katanya pada ceramah PAS di Kampung Kebakat di Wakaf Bharu dekat sini.

Beliau berkata demikian mengenai hasrat Umno ingin meletakkan calon di kalangan ulama pada pilihan raya umum akan datang.

Che Abdullah berkata, golongan ulama sepatutnya diberi keutamaan untuk kepentingan masyarakat Islam dan bukan hanya meraih undi pada PRU-13 semata-mata.

"Ulama Umno ini hanya untuk musim pilihan raya sahaja," katanya lagi.

Pada ceramah itu turut diperkenalkan buku karya Che Abdullah sendiri yang bertajuk "Judi atau Royalti" dan disifatkan sebagai 'hadiah' untuk rakyat Kelantan sempena PRU-13.

Che Abdullah menewaskan Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz dari Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 660 undi pada pilihan raya umum 2008.

Sebelum itu, Ketua Kongres Penyokong PAS (PSC), Hu Pang Chow hari ini diumumkan sebagai calon PAS bagi kerusi Ayer Hitam - dan merupakan orang bukan Islam yang pertama pernah calon bertanding di bawah tiket parti Islam itu.

pas announce candidates for johor ge13 130413 hu pang chawPengumuman tersebut dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Johor Bahru pagi ini.

Hu yang dijangka berdepan dengan Ketua Pemuda MCA, Datuk
Wee Ka Siong, adalah antara lapan calon PAS yang akan bertanding kerusi Parlimen di Johor.

Pada tahun 2008, PAS meletakkan calon bukan Islam Kumutha Rahman yang juga dari Kelab Penyokong PAS tetapi di bawah tiket PKR.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar