Selasa, 09 April 2013

Chegu Bard dihina PKR, hanya tanding DUN dakwa blog pakatan

Ramai pihak yang kecewa dengan tindakan menurunkan pangkat, Penyelaras Soladirati Anak Muda Malaysia (SAMM) iaitu Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard.

Ini kerana beliau adalah seorang anak muda yang beran serta cukup hebat dalam mendedah, membongkar dan mengegarkan Putrajaya dengan berbagai isu panas peringkat nasional selama ini. Maka itu, beliau sewajarnya dihantar ke Parlimen bukannya Dewan Undangan Negeri (DUN).

Tindakan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman mengumumkan Chegubard sebagai calon parti itu bagi kerusi DUN Sungai Aceh dalam pilihan raya umum akan datang adalah satu tindakan tidak bijak kerana dia wajar berada di Parlimen bukan di DUN P.Pinang.

Jika Murni Hidayah yg hanya jadi peguam kes kapal selam Scoperne boleh dipilih Anwar bertanding di Parlimen Paya Besar. Maka, kenapa tidak Chegubard?. Bukan saja isu kapal selam Scorpene, malahan banyak lagi isu lain didedahkan oleh beliau hingga menakutkan ramai pemimpin UMNO BN.

Kenapa pejuang yang sudah lama berkorban masa dan tenaga seperti ini dinafikan hak ke parlimen? Lebih elok dia dipilih oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk berlawan dengan Perdan Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak di Parlimen Pekan daripada Faris Musa seperti yang diwar-warkan oleh Anwar semalam.

Chegbuard telah banyak kali turun berceramah di Parlimen Pekan dan namanya amat sinonim dengan rakyat di sana berbanding Fariz yang boleh dibilang kelibatnya di situ. Apa perlu simpan orang hebat seperti Chegubard di DUN Pulau Pinang, sedangkan dia sebelum ini hampir menan ketika menentang Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin di Parlimen Rembau pada pilihanraya umum lalu.

Kini, seolah-olah ada pakatan untuk mematikan karier dan kecemerlangan Chegubard dengan menghantar beliau ke situ. Sebelum ini, dia dikatakan akan bertanding di kerusi Parlimen Nibung Tebal. Namun, Anwar telah mengumumkan Dr.Mansor bertanding di situ. Ia mendapat protes besar-besaran dari kalangan rakyat kerana Chegubard sudah lama membuat kerja di situ.

Kini, dia tidak dianggap insan besar apabila tergamak Mansor sendiri umum dia bertanding di DUN Pulau Pinang. Seolah-olah Mansor mahu memperli beliau sebenarnya.

PDO

Tidak ada komentar:

Posting Komentar