Sabtu, 06 April 2013

Cogankata baru PAS, 'Keranamu DAP'

ALOR SETAR 7 April - Pas tidak akan menarik semula persetujuannya membenarkan DAP menggunakan lambang parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 sekali gus mengetepikan keresahan ahlinya di peringkat akar umbi.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kebenaran berkenaan diberikan kerana Pas dan DAP mempunyai persefahaman bersama atas konsep resolusi yang disepakati antara parti dalam pakatan pembangkang.

''Kita bersedia beri DAP guna lambang Pas kalau DAP tidak diizinkan menggunakan lambangnya,'' katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang semut di sini malam tadi.

Mengenai saranan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa agar pemimpin DAP menyatakan pendirian mereka terhadap dasar perjuangan Pas sebelum menggunakan lambang parti itu, Abdul Hadi berkata, Nasharudin hanya ahli biasa yang tidak mengikuti perkembangan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar