Jumat, 12 April 2013

DS Anwar tamak, cemuh pemimpin DAP

CAMERON HIGHLANDS: Seorang pemimpin kanan DAP menuduh PKR sebagai tamak kerusi sehingga menjejaskan peluang parti lain di dalam pakatan pembangkang.

Naib Pengerusi DAP Pahang J. Apalasamy berkata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal menghormati pengaruh DAP di Johor sehingga sanggup merampas kerusi Segamat.

Tindakan itu, menurut Apalasamy, menafikan DAP peluang untuk meletakkan seorang India bagi menentang Timbalan Presiden MIC S.Subramaniam yang menyandang kerusi itu.

“PKR harus menghentikan sikap tamaknya jika Pakatan serius mahu menawan Putrajaya,” kata Apalasamy.

Beliau berkata Anwar silap meletakkan Pengerusi PKR Johor Chua Jui Meng bertanding di Segamat kerana calon itu tidak mempunyai sokongan DAP, malah dicemuh oleh pengerusi DAP Karpal Singh.

Pada pilihan raya umum 2008, PKR tewas di semua sembilan kerusi Parlimen dan 10 kerusi DUN di Johor.

Apalasamy menggesa DAP memastikan ia diberi lebih banyak kerusi untuk bertanding memandangkan parti itu mempunyai semakin ramai calon berpotensi.

“DAP tidak boleh tunduk terlalu banyak kepada sikap tamak rakan parti komponen dalam Pakatan,” tegas Apalasamy.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar