Senin, 08 April 2013

Ketua Cabang PKR Paya Besar bertanding calon bebas...semak!

EMPAT calon bebas yang merupakan ahli dan bekas PKR Pahang, (dari kiri) G. Ramponusamy, Zahari Mamat, Mohd. Shukri Mohd. Ramli dan Mohamad Fauzi Ramli menunjukkan borang pencalonan yang telah dibeli untuk bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 di Wisma Persekutuan, di Kuantan hari ini. - UTUSAN
KUANTAN 8 April - Pergolakan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri ini semakin bercelaru apabila Ketua Cabang PKR Paya Besar, Zahari Mamat, 52, mengumumkan akan bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Paya Besar.

Selain Zahari, turut mengumumkan akan bertanding calon bebas ialah Pemangku Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Paya Besar, Mohamad Fauzi Ramli, 25, yang akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lepar.

Zahari berkata, kedua-dua mereka kini masih lagi ahli PKR.

"Hari ini, saya sekadar ingin memaklumkan saya akan bertanding bebas di Parlimen Paya Besar dan Mohamad Fauzi di DUN Lepar.

"Sebab dan perkara lain akan dimaklumkan kemudian pada sidang akhbar yang akan diadakan selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas membeli borang untuk bertanding calon bebas di Pejabat SPR negeri di sini, hari ini.

Turut hadir membeli borang iaitu bekas Timbalan Pengerusi III PKR negeri, G. Ramponusamy dan seorang aktivis atau lebih dikenali sebagai Cucu Mat Kilau, Mohd. Shukri Mohd. Ramli, 42.

G.Ramponusamy baru-baru ini telah mengumumkan akan bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Parlimen Indera Mahkota manakala Mohd. Shukri di DUN Teruntum.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini telah mengumumkan peguam, Murnie Hidayah Anuar sebagai calon yang akan mewakili parti itu di Paya Besar.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar