Kamis, 18 April 2013

Kit Siang sebar maklumat polis yang palsu?

EMAIL kami dihujani banyak pertanyaan dari penyokong Pakatan Rakyat yang begitu teruja dengan maklumat risikan Bukit Aman (polis) dan tentera diperolehi Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang menunjukkan Pakatan Rakyat bakal menang di 145 kerusi parlimen berbanding 77 bagi pihak BN.

Kit Siang dalam blognya menulis:-

According to this estimate, PR will win 145 parliamentary seats compared to 77 for Barisan Nasional – or a majority of 68 seats.

Sebaik membaca sendiri laporan dalam blog tersebut, persoalan yang bermain di minda kami ialah, sejak bila pula Pakatan Rakyat percaya dengan laporan dari polis dan tentera? Perisikan tentera itu mungkin boleh dipertimbangkan sedikit, tapi polis?

Bukan rahsia, polis dan Pakatan Rakyat adalah 2 nama yang bertentangan antara satu sama lain. Umum pun tahu polis sentiasa menjadi pelindung barisan depan untuk kerajaan Barisan Nasional. Pakatan Rakyat sendiri siang dan malam berusaha mencemarkan imej polis, terbaru dalam isu keganasan polis semasa menyuraikan Bersih 3.0, April tahun lepas.

Justeru, agak tidak logik polis bekerjasama dengan Pakatan Rakyat, apatah lagi Kit Siang untuk menyalurkan maklumat yang betul.

Kami cuma bimbang, Kit Siang sengaja didendangkan dengan maklumat palsu yang konon memetik sumber perisikan polis, atau paling tidak, polis sendiri sengaja mencipta maklumat tersebut untuk memperdayakan Pakatan Rakyat.

Lagipun jumlah itu agak berbeza dengan maklumat yang dikutip sumber-sumber dalam Pakatan Rakyat sendiri. Laman ini yakin Kit Siang faham apa yang kami maksudkan. Kami yakin Pakatan Rakyat mempunyai peluang untuk menang, tapi bukan dengan perbezaan kerusi yang begitu besar seperti itu.

Maklumat seperti ini dibimbangi akan melekakan penyokong Pakatan Rakyat. Kalau kita terlalu percaya dengan angka-angka tersebut, ada kemungkinan gerak kerja di peringkat akar umbi akan menjadi lemah kerana masing-masing percaya akan menang besar – merujuk kepada maklumat dari perisikan polis dan tentera ini.

Sambung baca SINI

Tidak ada komentar:

Posting Komentar