Sabtu, 06 April 2013

Ku Li bagi pukulan maut kepada yg 'teringinkan' dirinya


GUA MUSANG - Ketua Umno bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yakin kerusi Parlimen Gua Musang bersama tiga kerusi Dewan Undangan Negeri di bawahnya kekal di tangan BN pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Beliau berkata ini berikutan pengundi kawasan itu selesa dengan pembelaan yang diberi selama ini, namun begitu jentera BN masih perlu bekerja kuat untuk mendapat majoriti lebih besar.

"Kita di Gua Musang tidak ada masalah kerana rakyat nampaknya masih memberi sokongan kuat kepada kita dan kita yakin menang pada PRU-13 ini," kata Anggota Parlimen Gua Musang itu kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dengan jentera belia Parlimen Gua Musang di Bukit Chekati di sini hari ini.

Tiga kerusi DUN itu ialah Paloh, Galas dan Nenggiri. - Bernama

Tidak ada komentar:

Posting Komentar