Kamis, 04 April 2013

'Ya, memang gambar saya di laman porno itu'

Gambar hiasan
Dunia hiburan dikejutkan apabila gambar-gambar pelakon Aeril Zafrel yang tidak berbaju disebarkan di dalam blog lucah. Walaupun hanya memaparkan gambar Aeril yang tidak berbaju, pelakon ini menganggap penyebaran tersebut umpama menjatuhkan kerjayanya yang sedang berkembang.

"Saya kecewa apabila ada orang cuba memfitnah saya dengan pelbagai cara termasuklah memuat naik foto-foto saya yang tidak berbaju ke laman blog lucah, sekali gus ia memburukkan lagi keadaan walaupun ia dilihat biasa sahaja.

"Bagaimanapun ia tidak menjejaskan diri dan maruah selagi saya bersama Allah, walaupun terdapat individu yang cuba menjatuhkan saya.

"Memang benar lelaki dalam foto itu adalah saya di mana ia diambil daripada sedutan filem Hacks. Manakala ada sekeping gambar yang diambil rakan ketika zaman jahiliah saya dahulu," katanya yang dipetik daripada mStar Online.
Foto-foto Aeril Zafrel yang dimuat naik ke laman porno
Dalam perkembangan berkaitan, Aeril berharap penyebar foto-fotonya akan mendapat hidayah dan berhenti daripada melakukan perkara tersebut.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar