Jumat, 12 April 2013

Nora Danish yakin adegan ranjangnya mampu lariskan filem Mencari Cinta

Taktik yang sedikit cliché bukan? Adegan intim antara Rusdi Ramli & Nora Danish untuk filem Mencari Cinta baru baru ini mencipta kontroversi yang di’balas dengan reaksi bercampur dari peminat.

Ketika di’temui media semasa tayangan perdana filem Mencari Cinta, Nora Danish berkata beliau sendiri belum sempat menyaksikan adegan intim yang menjadi perbualan ramai itu.

Namun, Nora Danish tetap yakin trailer yang mengandungi adegan panas tersebut mampu menarik penonton untuk menyaksikan filem Mencari Cinta itu di’pawagam pada 29 April nanti.

“Saya diberitahu orang bahawa saya kelihatan seperti berbogel. Saya tahu apa yang saya buat. Jika adegan tersebut begitu memberahikan, ia tidak akan diklasifikasikan sebagai PG13,” jelas Nora Danish.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar