Jumat, 05 April 2013

Nurul Izzah pecah tembelang PKR, Azmin kata lain, Anwar kata lain...!

KUALA TERENGGANU 5 April - Tidak sampai 24 jam berita Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tidak akan bertanding dilaporkan media, anaknya, Naib Presiden parti Nurul Izzah Anwar menyangkal kebenaran berita itu.

"Itu hanya cakap-cakap politik," katanya malam tadi, walaupun menyedari berita itu berpunca daripada KeadilanDaily.com yang memetik bapanya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perkara itu kepada stesen televisyen Al-Jazeera Rabu lepas.

"Itu kenyataan dikeluarkan oleh Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP) Keadilan (merujuk kepada KeadilanDaily.com) saja. Setakat ini tidak ada perancangan sebegitu dan ia akan dimuktamadkan semasa hari penamaan (calon) nanti.

"Saya rasa pengumuman rasmi akan dibuat pada Rabu (depan) oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau akan tahu pastinya mengenai persiapan calon," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di Chabang Tiga di sini.

Kenyataan Dr Wan Azizah tidak akan bertanding dimaklumkan Anwar semasa temu bual secara langsung dengan Al-Jazeera pada Rabu, menurut KeadilanDaily.com di www.keadilandaily.com semalam. - BERNAMA

Ini pula laporan dari Sinar Harian
5 April 2013

PETALING JAYA - Pengarah Pilihan Raya PKR, Azmin Ali mengesahkan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Walaupun Presiden PKR itu mempunyai peluang yang cerah jika bertanding, namun kepimpinan tertinggi parti menghormati keputusan beliau untuk menarik diri pada saat akhir.

"Benarlah apa yang dikatakan Datuk Seri Anwar ketika ditemu bual media antarabangsa semalam.

"...keputusan itu disampaikan Anwar sendiri dan kita menghormatinya," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.

Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu pada minggu lalu mengatakan akan bertanding peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) di Selangor.

Dr Wan Azizah dikatakan tidak layak bertandingi kerusi Parlimen sehingga Ogos ini, tetapi boleh turun gelanggang Dun.

Kenyataan Anwar semalam sekaligus menutup spekulasi yang timbul sejak Mac lalu mengenai Dr Wan Azizah akan bertanding di Dun Selangor.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar