Kamis, 04 April 2013

Pasangan sundal, Alvin dan Vivian mohon maaf setelah 'berbogel' dengan bendera BN

Setelah dikecam hebat oleh rakyat Malaysia dan laporan polis yang bakal dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Saudara Khairy Jamaludin, pasangan sundal ini melalui akaun Facebook mereka memohon maaf.

Tindakan keterlaluan pasangan ini bukan sahaja mencemar nama Barisan Nasional, bahkan emosi dan peradaban bangsa Malaysia.

Alvin mendakwa, pasangannya itu tidak berkeadaan bogel, tetapi memakai tiub dan seluar pendek ketika mengambil gambar tersebut.
Terdahulu, pasangan ini memuat naik gambar Vivian yang seolah-olah dalam kedaaan tidak berpakaian ke akaun FB mereka. Berikutan itu, satu laporan polis bakal dibuat oleh KP UMNO kerana menganggap ianya satu perbuatan menghina parti itu.

Berikut adalah teks penuh permohonan maaf pasangan berkenaan:

Kami dengan tulus ikhlas memohon ampun kerana memuatnaik gambar lucah yang boleh disifatkan menghina dan memperselekehkan bendera Barisan Nasional.

Kami tidak menyangka bahawa perbuatan yang tidak bertanggungjawab kami akan menyebabkan reaksi yang begitu negatif di kalangan rakyat Malaysia.

Kami juga ingin menegaskan bahawa Vivian sebenarnya memakai baju tiub dan seluar pendek ketat di belakang bendera tersebut. Harap maaf.

Yang benar,
Alvin dan Vivian

Tidak ada komentar:

Posting Komentar