Selasa, 09 April 2013

PRU13: Dua tarikh penting yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dipertanggungjawabkan menjalankan pilihan raya, mengadakan mesyuarat khas hari ini bagi menentukan tarikh penamaan calon dan hari mengundi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkan Parlimen pada 3 Aprill, SPR mengadakan PRU13 secara serentak - membabitkan 727 kerusi, masing-masing 222 kerusi Parlimen dan 505 peringkat Dun.

Mesyuarat khas hari ini dijadual bermula jam 9.30 pagi manakala sidang media sekitar jam 12.15 tengah hari. Tempoh itu bermula 28 Mac lalu apabila Dun Negeri Sembilan terbubar dengan sendirinya.

Untuk rekod, hari pengundian PRU 2008 berlangsung pada 8 Mac iaitu pada hari Sabtu manakala penamaan calon pula diadakan pada 24 Februari.

Dewan Rakyat dibubarkan pada 13 Februari 2008. Ketika itu tempoh berkempen adalah selama 13 hari.

Pada pilihan raya lalu, Barisan Nasional selaku parti pemerintah menang di peringkat Parlimen namun tewas di lima negeri.

Selain gagal merampas Kelantan, BN tewas di Selangor, Kedah, Perak dan Pulau Pinang.

Perak kembali ke tangan BN selepas tiga Adun komponen Pakatan Rakyat melompat parti menjadi wakil Bebas.

Laporan media semalam menyebut bahawa SPR tidak menolak kemungkinan hari pengundian diadakan pada hari bekerja walaupun kelazimannya diadakan pada hujung minggu.

"Pengundian boleh diadakan pada mana-mana hari, tetapi SPR perlu menimbangkan banyak faktor sebelum memutuskan tarikhnya," kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata, SPR tidak mahu hari pengundian diadakan pada hari yang berbetulan ada aktiviti kebudayaan atau upacara keagamaan mana-mana kaum.

Ia juga akan memeriksa dengan Jabatan Meteorologi mengenai ramalan cuaca sebelum memutuskan tarikh pengundian, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat kepada perwakilan asing mengenai pilihan raya umum akan datang.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar