Rabu, 03 April 2013

PRU13: SPR Tunggu Surat Speaker Sebelum Mesyuarat Tetap Tarikh

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menunggu surat rasmi daripada Speaker Dewan Rakyat dan Speaker Dewan Undangan Negeri sebelum mengadakan mesyuarat bagi penetapan tarikh penamaan calon dan pilihan raya.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya selewat-lewatnya petang Rabu atau awal pagi Khamis.

"Walaupun Perdana Menteri umumkan pembubaran Parlimen hari ini, tapi kita perlu tunggu surat rasmi daripada Speaker Dewan Rakyat dan semua Speaker DUN kecuali Sarawak sebelum kita tetapkan tarikh untuk bermesyuarat," katanya kepada mStar Online pada Rabu.

Beliau mengulas mengenai pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pembubaran Parlimen pada Rabu bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) diadakan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar