Rabu, 10 April 2013

Setalah diaibkan PKR, Chegu Bard dimalukan pula oleh PAS!

Semua pasti sudah maklum berkenaan kerusi DUN N21 Sg Acheh, Pulau Pinang yang dilemparkan kepada Chegu Bard untuk beliau bertanding kelak pada PRU13 yang akan datang. Ianya merupakan satu tamparan hebat dan memalukan menurut blog pro pembangkang yang anda bolek aksesnya di SINI.

Menurut blog tersebut, Chegu Bard seorang yang hebat dan berkaliber, selayaknya berliau bertanding kerusi parlimen.

Namun, semalam menjadi satu lagi titik hitam dalam perjuangan politik busuk Chegu Bard. Setelah diaibkan parti sendiri, PKR, kali ini beliau dimalukan pula oleh rakan seperjuangan mereka PAS. PAS pada malam semalam telah mengumumkan calonnya sendiri yang turut akan bertanding di kerusi DUN berkenaan.

Berita yang menggemparkan ini menyaksikan di mana Ketua Pemuda PAS Ustaz Yusni Mat Piah telah diletakkan PAS walaupun Pengerusi PKR negeri Dr Mansor Othman terlebih awal lagi meletakkan nama calon luar, Chegubard sebagai calon tunggal PR .

Tindakan PAS P.Pinang diketuai Salleh Man jelas menunjukkan mereka tidak mengiktiraf calon luar seperti Chegubard untuk bertanding di Sg Acheh. Sebelum ini kerusi DUN secara tradisi milik PAS tetapi semasa PRU12 ditandingi PKR yang mana telah tewas kepada calon BN , Datuk Mahmud Zakaria .

Blogger GPB menyenaraikan nama-nama calon yang telah PAS umumkan semalam. Berikut adalah nama-nama calon tersebut:

1) P041 Kepala Batas - Ust Afnan Hamimi bin Dato Taib Azzamudin
2) P042 Tasek Gelugor - Dato Sri Rahman Maidin
3) N01 Penaga - Ust Roshidi Hussain
4) N04 Permatang Berangan - Tn Hj Arsyad bin Salleh
5) N05 Sungai Dua - Cikgu Zahadi Mohamad
6) N11 Permatang Pasir - Dato Hj Mohamad Salleh Man
7) N21 Sungai Acheh - Ust Yusni Mat Piah (Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang)
8) N38 Bayan Lepas - Cikgu Asnah bin Hashim

Strategi politik? Rasa macam bangang pulak strategi sebegini....

Tidak ada komentar:

Posting Komentar