Sabtu, 06 April 2013

'Saya tak sebut Anwar zina atau liwat...tapi'- Sidek Baba

Prof. Datuk Dr. Sidek Baba berkata beliau sering ditanya mengapa beliau mengambil masa terlalu lama untuk meninggalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim meskipun pelbagai pendedahan dibuat tentang Ketua Umum PKR sebelum ini.

Menurutnya, walaupun beliau ditahan ISA pada September 1998, namun sokongannya terhadap Anwar pada masa itu tidak pernah goyah, namun apabila Anwar dituduh melakukan liwat II pada tahun 2008 menyebabkan beliau mula mencari jawapan dengan menemui orang-orang yang pernah bersama dan meninggalkan Anwar.

“Sehinggalah baru-baru ini kes (liwat) kedua Datuk Seri Anwar, saya mula bertanya orang-orang yang pernah terlibat dengan Datuk Seri Anwar ini.

“Akhirnya saya membuat kesimpulan, selepas tiga tahun mengkaji dan bertanya orang-orang yang dekat dengan Datuk Seri Anwar dan saya membuat kesimpulan menjarakkan diri dengan Datuk Seri Anwar,”katanya kepada pemberita selepas mengunjungi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di pejabatnya Yayasan Al Bukhary, Kuala Lumpur, pagi semalam.

Dr Sidek berkata beliau telah menemui lebih daripada 28 individu yang berkaitan dengan Anwar.

“Saya bertemu dengan ramai orang yang memberikan maklumat. Pokoknya ada sesuatu yang tidak kena pada intergriti Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya mahukan Malaysia ini dipimpin oleh tokoh yang mempunyai integriti. Tetapi kalau kita tampilkan imej yang tercalar mungkin orang luar, kuasa-kuasa luar boleh menjadikan asas ini sebagai peras ugut. Apa lagi orang dalam. Perti-parti kompenan dalam Pakatan.

“Jadi, saya percaya, banyak pihak tahu apa yang berlaku. Cuma tidak berani menyampaikan kepada khalayak kerana banyak faktor.”

Menurutnya, beliau masih berpegang lagi dengan kata-kata Anwar yang berpesan kepadanya supaya menjadi pemimpin bersih dan kelihatan bersih.

“Dia mendidik saya (supaya) berjuang untuk kebenaran dan keadilan. Itu prinsip saya. Saya dididik dalam ABIM juga begitu.

“Anwar berpesan dengan saya, menjadi pemimpin mesti bersih dan kelihatan bersih. Jadi apakah salah asas saya mencari kebenaran dan pendirian di kalangan 28 orang yang saya jumpa dan akhirnya hari ini saya berjumpa dengan Tun Mahathir untuk mendapat beberapa penjelasan atas benda yang saya musykil.”

Menurutnya lagi, walaupun mendapat pelbagai maklumat dengan orang-orang dijumpai itu, namun tidak semua maklumat diterimanya, melainkan setelah dikaji, ditapis dan menunaikan solat hajat istikarah untuk mencari petunjuk Allah swt.

“Saya dididik dalam Islam, apabila kamu melihat satu kemungkaran, cubalah lakukan sesuatu. Pertama, kalau mampu, lakukan dengan tangan, dengan kuasa. Saya tidak ada kuasa. Kalau tak mampu dengan lisan, dengan mulut, dengan cakap dengan syarah. Kalau tak mampu lagi, kita memilih, tak suka dalam hati.

“Saya dekat dengan Anwar lebih 30 tahun. Kemudian saya dilantik menjadi Timbalan Rektor waktu itu beliau menjadi Presiden (UIA). Ada juga orang kata saya, ‘mu tak kenang budi. Orang lantik kamu sebagai Timbalan Rektor, kamu lawan dia’

“Isunya antara kebenaran dan kebatilan. Tak kan kerana perkara yang tidak benar berlaku, saya harus membisu diri. Saya akan bertanggungjawab di depan Allah nanti. Allah akan tanya, kamu sebilangan orang yang tahu kenapa kamu membisu diri.

“Saya tak tuduh dia (Anwar) liwat atau zina. Tidak ada dalam statement saya. Saya hanya menyebutkan bahawa, kredibiliti Anwar tercalar.

“Sebab itu, saya tidak berhak memaksa diri saya bersama dengan dia. Itu hak saya, hak individu seperti juga orang memihak kepada dia. Mengapa tidak benarkan saya atas nama hak asasi juga mengambil sikap dan pendirian. Berlaku adillah kepada saya.

Selain itu, Dr Sidek untuk menyentuh tentang intipati pertemuannya dengan Tun Mahathir.

“Saya tanya Tun Mahathir, adakah baru tahu tentang Anwar…Tun Mahathir beritahu saya, dia tahu kisah Anwar Ibrahim sejak tahun 1993…Saya takut orang hasad (dengki) kata Tun Mahathir. Dia, timbalan saya, dia pengganti saya. Itu jelas katanya.

“Maknanya Tun Mahathir seorang yang teliti. Tun Mahathir tidak mudah disogok dengan maklumat-maklumat untuk menjatuhkan timbalannya. Jadi peranan pihak inteligent, polis tidak mudah sebenarnya.

“Saya juga bertanya tentang bukunya, ‘Doktor Umum’ berkaitan dengan dua chapter (sentuh tentang Anwar). Satu chapter itu biasalah, tak merosakkan. Chapter yang kedua itu menyentuh tentang pertemuan Tun Mahathir dengan empat orang wanita.

“Soalan saya, kenyataan Tun Mahathir berdasarkan cerita itu, mengapa Anwar tidak saman ? Saya ya, saya yakin saya ada integriti, kalau orang tuduh saya curi ayam, (walaupun saya tidak buat), saya akan saman.

“Soal intergriti sangat penting. Bagaimana intergriti yang tercalar nak pergi mara ke depan. Tun Mahathir kata saya tidak boleh benarkan dia.

Dr Sidek juga turut mendapat penjelasan Tun Mahathir tentang campur tangan IMF semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan.

“Jadi Tun Mahathir mempunyai asas yang cukup baik dan beliau seorang yang rasional. Kerana beliau berasaskan fakta dan bukan emosi. Memanglah tindakan itu (memecat Anwar) tidak popular.

AIDC

Tidak ada komentar:

Posting Komentar