Kamis, 11 April 2013

Tiada salahnya berbogel dalam filem kerana ia adalah seni...

Esha Gupta antara yang berjaya mencipta nama di Bollywood menerusi lakonan sulungnya dalam filem Jannat 2
Pelakon baru di Bollywood sekarang kebanyakannya adalah model. Mereka cantik, elegan dan pandai bergaya. Ada yang berjaya, namun ramai juga yang gagal mengejar cita-cita menjadi pelakon popular.

Esha Gupta antara yang berjaya mencipta nama di Bollywood menerusi lakonan sulungnya dalam filem Jannat 2. Pelakon yang dikatakan seiras Angeline Jolie dan bekas Ratu Universe, Lara Dutta Bhupathi, ini juga bakal menyaksikan dua filem baru lakonannya menjengah pawagam iaitu Raaz 3 dan Chakravyuh.

Dalam Raaz 3 dia berlakon di samping Bipasha Basu dan Emraan Hashmi.

Menurut pelakon jelita ini, tiada siapa yang dilahirkan, terus pandai berlakon, sebaliknya semua orang belajar daripada kepayahan dan memperbaiki kesilapan dalam setiap filem lakonannya.

“Saya tidak pernah baca ulasan mengenai lakonan saya kerana saya lebih percayakan komen penonton. Saya akui berlakon memang sukar kerana terpaksa bekerja hingga 20 jam sehari dan pada masa sama perlu kelihatan cantik sepanjang masa,” katanya.

Berbekalkan pengalaman sebagai model, Esha seorang yang bersikap terbuka dan sanggup berbogel dalam Raaz 3 sambil disaksikan 300 kru filem itu.

“Ia adalah babak paling emosional dalam filem itu dan bahagian terpenting dalam skrip. Tiada salahnya berbogel dalam filem kerana ia adalah seni, tetapi saya tidak benarkan jurukamera ambil sudut hadapan tubuh saya,” katanya yang beranggapan aktor Arjun Rampal pelakon lelaki paling seksi di Bollywood.

Ada khabar angin mengatakan dia berbalah dengan Bipasha di set penggambaran, namun dia menafikan sambil menjelaskan dia baik dengan semua orang.

“Saya dan Bipasha tidak ada banyak babak bersama. Jadi tiada timbul isu Bipasha membayangi lakonan saya. Dia adalah senior saya dan saya suka dengan lakonannya dalam filem Jism. Saya ingat lagi wajah dan tubuhnya yang seksi ketika babak keluar dari kolam.

“Dalam Raaz 3, Bipasha banyak membantu saya kerana dia faham situasi saya daripada model jadi pelakon kerana dia dulu pun seorang model,” katanya.

Kepada yang tergoda dan mahu memikat Esha nampaknya sudah terlambat kerana dia sudah ada kekasih. Dia mengimpikan temujanji yang romantik dengan kekasihnya itu dengan berjalan di tepi pantai.

“Saya juga suka kawasan pergunungan, tetapi deruan ombak laut seperti ada magis,” katanya.

Esha juga tidak kisah wajahnya dikatakan mirip Angelina Jolie dan Lara.

“Wajah saya mirip ibu saya dan pujian itu perlu diberikan kepadanya yang melahirkan saya. Sewaktu saya ke Bhutan ada pelancong di sana ingatkan saya Angeline dan mereka melambai pada saya. Saya lambai balik kerana saya tak mahu mereka kecil hati,” katanya.

Mymetro

Tidak ada komentar:

Posting Komentar