Rabu, 22 Mei 2013

(Gambar) Mengandung atau tidak, penampilannya tetap 'ketat' dan seksi...

Bakal ibu yang bakal melahirkan anak sulongnya bersama penyanyi rap Kenya West Julai ini, muncul dengan menayangkan 'baby bump'nya yang semakin besar dalam pakaian ketat berwarna hijau semalam.

Bintang realiti itu juga dilihat tidak memakai bra, mungkin sudah tidak ada saiz akibat penambahan jumlah susu di payudaranya...heh!

Kim, 32, hadir ke pusat lelongan itu dengan memakai Spanx berwarna hijau lumut dengan sepadan kasut yang sama warna.

Sedikit tiupan angin telah mengantoikan pakaian dalam yang dipakainya. Nampaknya Kim mengenakan 'body-shaping' dibahagian dalam. Entah apa yang nak dibentuk lagi pun kami kurang pasti, yang pastinya ia semakin membesar!





Kamis, 16 Mei 2013

(Gambar) Sengaja dilondeh atau terlondeh, Nabila Huda tetap menggoda!

Pelakon berbakat besar yang baru sahaja memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Nabila Huda telah berkongsi gambar terbaru di akaun Instagramnya.

Difahamkan melalui statusnya yang terkini, beliau sedang berada di Australia selepas bercuti di Bali bersama kekasihnya yang terbaru Nas T.

Salah satu gambar yang menarik perhatian peminatnya adalah gambar beliau mengenakan gaun hitam sambil sedikit kelihatan bahunya.

Ermm..memang agak seksi pose tersebut. Kami kurang pasti sama ada potongan leher gaun tersebut terlalu luas, atau memang itu fesyen yang sedang digayakan.

Walau apa pun gaya yang dipersembahkan, Nabila memang menggoda!

Rabu, 15 Mei 2013

(Gambar) Wajah 'saksi' video lucah di balai polis...pandai cari yang perut buncit!

BERITA ini dipetik daripada keadilandaily. Difahamkan pada waktu ini laman sesawang rasmi Keadilandaily mengalami serangan ddos dan tidak dapat diakses.

Wakil Sekretariat Pakatan Rakyat, Shabrimie Sidek ditahan polis bersama dua saksi yang mahu mendedahkan penerbitan video fitnah lucah.

Mereka ditahan di sekitar sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, sebentar tadi.

Dua saksi terlibat dalam pembikinan video lucah berkenaan tetapi berpaling tadah dan sedia membuat pendedahan sebenar.

Calon Dewan Undangan Negeri N21 Sg Acheh, Pulau Pinang, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard memaklumkan kepada Keadilandaily, tangkapan dibuat selepas Shabrimie dan dua saksi itu sudah melepasi pemeriksaan Imigresen di Bukit Kayu Hitam.

"Ini adalah tangkapan bermotif politik," kata Chegu Bard.

Menurut Chegu Bard, dua saksi tersebut bakal tampil di program KEADILAN di An-Nahdhoh, Kubang Semang, Permatang Pauh malam ini, dan akan membuat pendedahan terbuka berhubung penglibatan mereka dalam pembikinan video tersebut.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dijangka turut menyampaikan ucapan.

Keadilan Daily sedang mengikuti perkembangan terkini berhubung tangkapan tersebut.

Biaqpila

Jumat, 19 April 2013

(Gambar) Hadiri majlis pengebumian Thatcher, Tun M kena 'serbu'

KUALA LUMPUR 19 April - Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berkunjung ke London, United Kingdom sebagai wakil kerajaan Malaysia ke upacara pengebumian bekas Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher masih terus mendapat perhatian.

Dalam kunjungan singkat itu, bekas Perdana Menteri dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali turut meluangkan masa beramah mesra dengan rakyat Malaysia.

Semasa di London, Dr. Mahathir diundang oleh Kelab UMNO United Kingdom dan United Kingdom & Eire Council (UKEC) untuk menyampaikan pandangan mengenai perkembangan politik negara menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Beliau berucap pada majlis Sepetang Bersama Tun Mahathir yang dihadiri oleh 250 orang rakyat Malaysia.
DR. MAHATHIR Mohamad dan Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali beramah mesra dengan rakyat Malaysia dalam majlis Sepetang Bersama Tun Mahathir di London, United Kingdom, kelmarin.
DR. MAHATHIR tiba di The Chartered Accountant Hall di London untuk majlis 'Sepetang Bersama Tun Mahathir' anjuran Kelab UMNO UK, kelmarin.

Juanda: PKR Perlis tidak beradab

KUALA LUMPUR: Mufti Perlis Dr Juanda Jaya membidas tindakan PKR Perlis mengumumkan beliau sebagai calon parti itu untuk kerusi Parlimen Kangar sebagai “tidak beradab.”

"Apa yang disebut oleh PKR Perlis langsung tidak dirujuk kepada saya, saya agak terkilan sebab jual nama saya tanpa izin...saya tak pernah jumpa pimpinan PKR Perlis,” kata beliau kepada Antarpos.

"Isytihar secara 'unilateral(sendiri)' (adalah) suatu sikap yang tak beradab kepada orang lain apatah lagi kedudukan saya yang agak sensitif kepada banyak pihak. Ini perlu difahami terutamanya mereka yang mahu jadi ahli politik.

"Saya ambil sikap diam diri kerana tak mahu sakiti hati mana-mana pihak kerana semuanya saudara seagama. Pelajaran daripada isu ini ialah orang politik kita masih belum matang seperti negara lain," katanya.

“Pencalonan” Juanda untuk Parlimen Kangar dibuat oleh Pengerusi PKR Perlis Mohd Faisol Abdul Rahman minggu lalu selepas PAS mengumumkan ia akan bertanding di ketiga-tiga kerusi Parlimen di negeri itu.

Juanda menegaskan beliau memutuskan tidak bertanding di PRU kali ini kerana merasakan penerimaan rakyat terhadap golongan berpendidikan agama masih kurang.

"Saya dapati PRU13 tidak sesuai untuk saya kerana terlalu banyak fitnah dan penerimaan terhadap 'scholar' belum mantap. Pilihan tempat (bertanding) memang banyak tetapi tiada yang sesuai, politik bukanlah perkara mudah untuk orang macam saya sebab itu agak hairan ramai yang lobi tanpa fikirkan kesannya di dunia dan akhirat.

"Perbincangan membabitkan banyak pihak bukan hanya Pakatan Rakyat, kawan-kawan BN pun tanya ajak berbincang. Isu Kangar hanya di tahap perbincangan dan ziarah kawan-kawan daripada kedua-dua belah pihak, ini normal bagi orang politik yang mencari dokongan.

"Saya kurang berminat sebab saya bukan penduduk tempatan, kalau BN 'offer' pun tetap akan timbul isu orang luar. Politik Malaysia belum matang untuk menerima kepelbagaian, sentiman sentiasa menjuarai itu," katanya.

Juanda merupakan antara tokoh ulama yang disebut-sebut akan bertanding kali selain bekas Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang turut menolak untuk bertanding pada kali ini.

Juanda memegang jawatan muft sejak awal 2009 menggantikan Mohd Asri.

Gugur calon 'mulut celupar', DAP tagih undi Melayu?

WALAUPUN berdepan kemungkinan parti dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS), DAP yang mungkin menggunakan lambang parti Pas itu tetap meneruskan perjuangan dan telah pun mengumumkan senarai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Seperti Barisan Nasional (BN) yang mengemukakan banyak calon baharu boleh menang (winnable candidates) untuk bertanding, DAP pada kali ini turut menggunakan format dan bentuk pemilihan yang sama.

Malah, satu kejutan yang dibuat oleh DAP semalam apabila beberapa nama orang paling kanan dan berpengaruhnya, telah digugurkan.

Sekadar menyebut, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai, Jenice Lee, penyandang DUN Kota Alam Shah, M. Manoharan, penyandang DUN Kinrara, Teresa Kok dan DUN Pandamaran, Ronnie Liu telah digugurkan daripada menyertai PRU-13.

Pengumuman yang dibuat DAP bukan sahaja memberi kejutan kepada mereka yang digugurkan, sebaliknya kepada para penyokong fanatik masing-masing.

Malah, pada hari ini, ibu pejabat DAP di Cheras di di sini kecoh dengan kehadiran kira-kira 50 penyokong Jenice yang mahu wanita itu bertanding di DUN Teratai bagi penggal kedua.

"Strategi DAP yang akan mempertaruhkan banyak muka-muka baharu pada PRU-13 telah diketahui.

"Teresa Kok dan Ronnie Liu telah digugurkan DAP kerana mereka didakwa menyentuh sensitiviti pengundi Melayu dan Islam di Selangor.

"DAP pada kali ini benar-benar serius dan cuba mencari jalan untuk menarik semula undi Melayu dengan mematikan peranan beberapa orang kuatnya yang dilabel anti Melayu dan Islam di Selangor," kata Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak.

Strategi DAP pada kali ini telah membuktikan betapa pentingnya undi-undi orang Melayu terutamanya di Selangor bagi mengekalkan pemerintahan mereka.

Walau apa yang akan dilakukan oleh DAP selepas ini bagi memancing undi orang Melayu, kejujuran pihak itu masih lagi diragui.

Paling penting, sikap beberapa pemimpin DAP yang secara terang-terangan anti Melayu dan anti Islam, amat melukakan hati.

Kesilapan pengiraan undi pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) pada Disember lalu turut menjadi bukti bahawa parti itu tidak mengamalkan profesionalisme dalam pemerintahan.

Jadi, bagaimana untuk memerintah negara sekiranya mereka sendiri tidak mampu menjaga hati kaum yang mewakili lebih 60 peratus rakyat di negara ini

Calon DAP Dun Kedah dipertikai ahli PAS

ALOR SETAR 19 April - Selepas bertelagah dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengenai isu agihan kerusi, DAP Kedah kini berdepan pula tentangan daripada ahli-ahli Pas yang tidak bersetuju dengan pemilihan calon-calon DAP di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Derga dan Kota Darul Aman.

Ahli-ahli Pas mempertikaikan keputusan DAP Pusat memilih Ketua Pemuda DAP, Teoh Boon Kok bertanding di Derga kerana mereka mahu Setiausaha Publisiti DAP Kedah, Dr. Lim Sin Keat dicalonkan di kawasan itu.

Pengarah Pilihan Raya Parlimen Pokok Sena, Anuar Yatim berkata, Pas kawasan itu berpendapat, Sin Keat lebih layak berbanding Boon Kok yang tidak diyakini boleh menang menentang calon Barisan Nasional (BN), Dr. Cheah Soon Hai.

Shariff Omar tetap tanding Bebas

TASEK GELUGOR - Bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Mohd Shariff Omar masih tetap dengan pendiriannya untuk bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Tasek Gelugor dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Walaupun beberapa rakan Umno dari Kuala Lumpur menghubunginya supaya memikirkan semula cadangan itu atau menarik diri, namun beliau akan meneruskan hasratnya itu sebagai memenuhi permintaan rakyat akar umbi yang menyokongnya.

“Ada rakan-rakan lama dari Umno menelefon saya dengan menawarkan diri untuk membawa saya bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi menyelesaikan masalah itu.

“Tetapi saya kata tak payah lah, sebab ini isu kecil dan Perdana Menteri banyak lagi urusan yang lebih besar,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mohd Shariff berkata, beliau menghormati sokongan dan suara pengundi di kawasan berkenaan yang memintanya bertanding dalam pilihan raya kali ini walaupun sebagai calon Bebas.

“Malam itu, saya panggil penduduk sekitar Tasek Gelugor untuk mendengar luahan hati mereka.

“Mereka tetap mahu saya menjadi calon. Kalau mereka pun tak kisah, saya mungkin tidak akan menawarkan diri. Jadi saya menghormati dan menerima cadangan penduduk di sini yang saya kenali berpuluh tahun lalu,” katanya.

Ditanya sama ada pemimpin Umno atau Barisan Nasional (BN) ada menghubunginya untuk berbincang atau memujuknya, Mohd Shariff yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, setakat ini belum ada yang berbuat demikian.

“Tak apa lah. Saya pun tak harap mereka datang jumpa saya sebab saya ni orang biasa saja berbanding mereka.

“Pemimpin Umno selalu anggap ahli yang menentang mereka sebagai pembelot. Kadang-kadang mereka anggap kita ni sebagai musuh ketat. Sepatutnya kita duduk berbincang seperti sebuah keluarga demi kekuatan parti,” katanya

Ditanya sama ada ahli Pas dan PKR kawasan Tasek Gelugor bertemunya selepas pengisytiharan untuk bertanding calon Bebas, beliau berkata, ramai yang datang bertemunya kerana mereka sudah berkawan sejak sekian lama.

“Saya berkawan dengan semua orang walaupun berbeza parti dan fahaman politik, saya boleh duduk bersembang dengan depa. Memang ada yang datang tetapi sebagai rakan sekampung sebab mereka ini lebih mesra kawan,” katanya.

Ditanya sama ada mereka menawarkan tempat atau kerusi untuk bertanding di bawah lambang Pakatan Rakyat (PR), beliau berkata, perkara itu tidak pernah dibangkitkan kerana sudah mempunyai calon tersendiri.

“Calon mereka pun orang kuat. Siapa tak kenal Datuk Abdul Rahman Mydin. Jadi saya serah kepada rakyat untuk buat pilihan dalam pertandingan tiga penjuru nanti,” katanya.

Terdahulu, Mohd Shariff mengisytihar akan bertanding calon Bebas untuk kerusi Parlimen Tasek Gelugor dan bakal berdepan calon BN, Shahbudin Yahya dan calon Pas, Abdul Rahman.

Program kebudayaan di T'ganu dilempar najis lembu...terdesak pembangkang ni!

Gambar hiasan
DUNGUN 19 April - Pentas Program Merakyatkan Seni Budaya anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian negeri Terengganu di Kampung Pulau Serai dekat sini yang dipercayai disangkakan pentas ceramah telah dibaling dan dicemari dengan najis lembu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pulau Serai, Mokhtar Omar, 55, kesal dengan perbuatan khianat dan tidak bertanggngujawab itu kerana program yang dijadualkan pada petang sehingga malam ini bukan bermotifkan politik.

Katanya, perbuatan itu boleh menjejaskan imej penduduk setempat dan ekoran bimbang kemungkinan perlakuan yang lebih buruk semasa program berlangsung, pihaknya telah membuat laporan polis.

Fintah: PAS disaman RM5 juta

KUALA LUMPUR 19 April - Gara-gara mengedarkan risalah berunsur fitnah dan palsu berhubung Zoo Bukit Takal, Terengganu, Parti Islam Semalaysia (Pas) menghadapi tuntutan saman daripada Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) untuk menuntut ganti rugi RM5 juta.

Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 23 April bagi pengurusan kes itu untuk Pas memasukkan kehadiran.

Ini kerana ketika pengurusan kes tersebut hari ini, peguam Azwan Abdul Wahab yang mewakili MPK memberitahu pemberita, jika tiada sebarang respons sehingga tarikh tersebut, pihaknya akan memfailkan permohonan untuk mendapatkan penghakiman ingkar daripada Pas.

Dalam penyataan tuntutan, pada 7 September 2012, Pas telah menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya di bandar Chukai, Terengganu dan dihadiri oleh ahli-ahli defendan.

Dalam majlis itu, Pas selaku pihak defendan telah mengedar dan menyerahkan kepada orang ramai termasuk kakitangan plaintif yang melalui kawasan itu, satu risalah dua muka surat bertajuk Adun Chukai Baham Tanah 5 Ekar dan Fakta Zoo Bukit Takal.

Menurut plaintif, setelah meneliti risalah itu, MPK Kemaman mendapati isi kandungannya yang bertajuk Fakta Zoo Bukit Takal yang berlatarbelakangkan gambar pintu masuk zoo tersebut dengan logo plaintif dengan dua gambar dalam zoo yang mengandungi pernyataan fakta falsu dan berunsur fitnah.

Perkataan itu antaranya membawa maksud pihak berkuasa tempatan itu telah menyalahgunakan wang rakyat, melakukan pembaziran dalam pengurusan kewangan, tidak amanah, tidak cekap dan membina zoo yang tidak memberi manfaat kepada penduduk tempatan.

Kit Siang rembat laporan risikan polis negara mana pulak ni?

KUALA LUMPUR 19 April - Polis hari ini menafikan dakwaan kononnya wujud laporan risikan Bukit Aman bahawa pakatan pembangkang akan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan memperoleh 145 kerusi Parlimen berbanding 77 untuk Barisan Nasional.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata dakwaan itu tidak benar sama sekali.

"Apa yang saya boleh katakan ini merupakan kenyataan yang tidak benar dan sama sekali mengarut," katanya.

Baca juga: Kit Siang Sebar Maklumat Polis Yang Palsu

Sebuah akhbar melaporkan dakwaan itu dibuat seorang pemimpin veteran pembangkang dalam satu ceramah politik di Kulai, Johor pada Selasa malam. - BERNAMA

Kamis, 18 April 2013

Tan Sri Aishah Ghani meninggal dunia


KUALA LUMPUR 19 April - Veteran UMNO, Tan Sri Aishah Ghani, 90, meninggal dunia di Hospital Gleneages di sini pada 12.50 tengah hari ini kerana sakit tua, demikian menurut cucunya Ahmad Arif Astaman. -BERNAMA

Seniwati Azean Irdawati nazak

KUALA LUMPUR: Seniwati Azean Irdawaty, 56, kini sedang berada dalam keadaan kritikal apabila doktor pakar mendapati barah tumornya sudah merebak ke kawasan vaskular tubuh beliau.

Kawasan vaskular terkandung banyak urat-urat pengaliran darah. Ada kemungkinan, kehilangan darah yang banyak memerlukan darah tambahan. Antara risiko yang mungkin Azean hadapi ialah jantungnya boleh berhenti berdenyut.

Seorang doktor dari Hospital Sungai Buloh di mana Azean akan dibedah memaklumkan kepada keluarganya bahawa komplikasi-komplikasi lain memberikan risiko satu hingga lima peratus.

Azean sepatutnya dibedah semalam, Khamis 18 April 2013 tetapi terdapat insiden kemalangan maut mangsa lain yang lebih memerlukan pembedahan dengan segera. Untuk itu, pembedahan Azean telah dijadualkan semula pada Isnin, 22 April 2013.

Berdasarkan pengemaskinian laman Facebook anak bongsunya, Inessa Irdayanty, pembedahan tersebut perlu dijalankan dengan teliti kerana tumor tersebut perlu dikeluarkan daripada selaput perlindungan otak ibunya.

Justeru, pembedahan ini nanti akan memakan masa yang panjang. Pihak hospital juga kini tidak membenarkan pelawat bermula Khamis hinggalah beliau dibawa ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas pembedahan nanti.

Inessa merayu orang ramai yang mengenali ibunya mendoakan agar pembedahan ibunya selamat tanpa komplikasi dan tenaga ibunya itu kembali pulih.
Bagi mereka yang ingin menyumbang kepada kos pembedahan Azean, mereka boleh menghulurkan terus ke akaun Azean Irdawaty Yusoef 16240100009490 (RHB Bank).

Pada Januari 2013 lalu, tim Rumah Anak Teater; Nam Ron (Pengarah Artisktik), Pekin Ibrahim (pelakon) dan Faisal Mustaffa (Penerbit Eksekutif) sempat melawat seniwati itu di rumah beliau.

Azean merupakan pengkritik hebat produksi-produksi Rumah Anak Teater sebelum ini di mana anak sulung beliau Benjy pernah terlibat dalam dua produksi mereka; Tattoo Gestapo dan M. Butterfly.

Astro Awani

Akhirnya, PAS cipta sejarah selepas 23 tahun di Kelantan...

KOTA BHARU 19 April - Selepas 23 tahun memerintah tanpa membina rumah rakyat terutama kepada penduduk miskin dan berpendapatan sederhana di Kota Bharu, Kerajaan Pas Kelantan malam tadi akhirnya 'mencipta sejarah' apabila menyatakan hasrat untuk membina sebanyak 420 unit rumah kos sederhana kepada penduduk daerah Kota Bharu.

Ironinya, pengumuman oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan itu dibuat ketika berceramah di Kampung Baru, Wakaf Mek Zainab di sini yang menjadi tapak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mengumumkan untuk membina 1,000 unit rumah rakyat pada 15 Mac lalu.

Dalam usaha beliau untuk mengaburi mata penduduk Kota Bharu dan menagih sokongan politik, Takiyuddin yang akan bertanding di kerusi Parlimen Kota Bharu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini berkata, rumah tersebut dibina di tebing Sungai Kelantan atas arahan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Katanya, rumah yang akan dibina di kawasan seluas 2.2 hektar oleh Perbadanan Kemajuan Ikhtisad Negeri Kelantan (SCDC) itu menelan kos sebanyak RM160,000 seunit tetapi akan dijual pada harga RM70,000 sahaja kepada rakyat yang berkemampuan selepas Kerajaan Pas Kelantan menanggung subsidi sebanyak RM90,000.

"Saya nak cakap sebagai balasan kepada dia kata tok guru ni tak pandai memerintah, tak pandai buat pembangunan untuk rakyat terutamanya rakyat miskin pada hal dia tahu rakyat Kelantan tahu tok guru walaupun tiada duit cari juga, bagi belaka walaupun sikit.

"Dan hari ini saya nak umum satu benda yang akan dibuat dalam kawasan Parlimen Kota Bharu, benda sama juga mereka (Kerajaan Pusat) nak buat rumah, tapi cuba tengok sama ke tidak dengan yang dia itu.

"Kerajaan ada tanah seluas 2.2 hektar terletak di bandar Kota Bharu, iaitu kalau tuan pergi ke tebing sungai ada Tambatan D'Raja, ada pejabat Kastam di belakang itu ada padang pasir, itu tanah kerajaan.

"Apabila tanah kerajaan, kerajaan minta agensi kerajaan iaitu SCDC untuk bangunkan tanah itu oleh kerana tanah itu nampak hodoh sangat orang pergi tengok tak comel kerajaan arahkan SCDC cantikan tebing itu, kita panggil woterfront," katanya.

Sejak 30 Mac lalu, Kerajaan Pas Kelantan telah melancarkan beberapa projek pecah tanah di seluruh negeri yang mendapat kritikan pelbagai pihak kerana didakwa dilakukan semata-mata mahu memancing undi bagi meraih kemenangan pada PRU-13 ini.

Projek pecah tanah itu bermula di Bukit Merbau, Pasir Puteh apabila Nik Abdul Aziz melancarkan pembinaan sebuah stadium bertaraf olimpik membabitkan kos RM320 juta.

Selepas itu, pada 8 April lalu, Nik Abdul Aziz bersama barisan Exconya turut melancarkan satu lagi projek pecah tanah di Gua Musang iaitu pembinaan bangunan Majlis Daerah Kuala Krai dengan kos RM6 juta.

Tiga hari selepas itu, Timbalan beliau, Datuk Ahmad Yakob pula melancarkan sebuah projek mega iaitu pembinaan Bandar Chintawangsa di Kuala Krai yang turut melibatkan pembinaan apartmen yang harganya mencecah ratusan ribu ringgit.

Dalam lawatan ke negeri ini bulan lalu, Perdana Menteri turut mengumumkan berita gembira buat warga Kota Bharu bahawa rumah yang akan dibina berkeluasan 700 kaki persegi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air, yang dibina dengan kos kira-kira RM160,000 seunit, akan dijual pada harga hanya RM35,000 seunit selepas kerajaan memberi subsidi sebanyak RM125,000.

Manifesto: PR guna Sultan, tawar janji baru

SHAH ALAM: Manifesto Pakatan Rakyat untuk Selangor dibentangkan dengan maklumat mencurigakan mengenai pencapaian kerajaan negeri di samping menawar janji baru, tanpa menyentuh janji-janji yang dimungkiri sebelum ini.

Pada masa sama, pembangkang cuba mengheret Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam kempennya dengan meletakkan foto baginda dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam buku manifesto berkenaan.

Setelah dibidas pelbagai pihak kerana menyatakan bahawa manifesto bukan sebuah janji kepada rakyat, pembangkang kali ini mengelak menggunakan perkataan itu dalam manifestonya.

Sebaliknya, Pakatan Rakyat hanya “berikrar” untuk melaksanakan manifesto itu dalam tempoh lima tahun lagi, jika berikan mandat semula oleh rakyat Selangor.

Namun manifesto yang dibentangkan mempunyai banyak maklumat mengelirukan dan mencurigakan.

Sebagai contoh, Khalid mendakwa kerajaan negeri membawa masuk pelaburan RM50 bilion ringgit sejak 2008 dan mewujudkan 123,000 peluang pekerjaan.

Pelaburan begitu tinggi itu tidak setimpal dengan peluang pekerjaan iaitu hanya kira-kira 24,600 jawatan kosong setahun, jauh tidak mencukupi untuk penduduk berjumlah enam juta di Selangor.

Manifesto Pakatan Rakyat langsung tidak mengupas janji kosong Khalid membabitkan pelaburan RM50 bilion untuk pembersihan Sungai Klang dan pembangunan kawasan persisirannya. Janji itu dibuat pada 2008.

Dalam manifesto kali ini, Khalid hanya “berjanji” untuk membersihkan “sungai-sungai tertentu.”

Pada masa sama, pembangkang turut menjanjikan “langit dan bumi” kepada rakyat Selangor dengan menawarkan mereka saham dalam industri air negeri.

Janji itu dibuat meskipun Khalid tahu sepanjang lima tahun lalu kerajaan negeri gagal untuk mengambil alih aset empat syarikat konsesi, dengan memberikan pelbagai alasan.

Justeru, tindakan menawarkan saham air kepada rakyat, tanpa mengambil alih syarikat-syarikat berkenaan amat tidak bertanggungjawab.

Dalam sektor perumahan, Pakatan Rakyat tidak berani meletakkan sebarang sasaran pembinaan rumah mampu milik sebagaimana yang dilakukan oleh Barisan Nasional.

BN berjanji untuk membina 10,000 rumah berharga RM50,000 ke bawah dan 15,000 rumah mampu milik dan 10,000 lagi unit yang berharga RM300,000 ke bawah.

Juga tidak masuk akal ialah tindakan pembangkang “berikrar” menyediakan peruntukan RM100 juta hanya untuk menyediakan dasar perumahan negeri di samping menguruskan projek perumahan tertentu.

Persoalannya ialah apa yang dilakukan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Kerajaan Negeri selama ini di bawah Pakatan Rakyat, jika dasar perumahan pun belum dimuktamadkan.

Khalid juga menjanjikan dana RM50 juta setahun untuk membantu pemohon yang tidak layak mendapat pinjaman bank bagi membeli rumah.

Namun sayugia diingatkan bahawa Khalid sendiri memansuhkan dasar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor membina rumah kos rendah, sekali gus menafikan perumahan untuk rakyat berpendapatan rendah.

Pada 2008, Pakatan Rakyat menjanjikan elaun bulanan untuk ibu tunggal dan caruman takaful untuk warga emas serta pendapatan minima RM1,200 untuk petani dan nelayan.

Manakala suri rumah yang menjaga anak di rumah dijanjikan elaun RM150- RM200 sebulan.

Semua janji itu tidak ditunaikan.

Pada manifesto kali ini Pakatan Rakyat tidak menawarkan sebarang imbuhan kepada ibu tunggal mahupun suri rumah.

Bagaimanapun warga emas akan diberikan RM100 sebagai hadiah hari jadi untuk mereka yang mencapai usia 60 tahun!. Itulah nilai yang diletakkan kepada warga emas di Selangor.

Setelah gagal menunaikan janji untuk memastikan pendapatan minima RM1,200 untuk nelayan, petani dan penternak pada 2008, Pakatan Rakyat kali ini berjanji pula untuk “menggandakan” pendapatan golongan itu menerusi inovasi teknologi.

DAP gugurkan Ronnie, Teresa dari senarai DUN

KUALA LUMPUR: Exco Selangor Ronnie Liu telah digugurkan dari senarai calon DAP pada pilihan raya umum kali ini.

Manakala Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok disahkan tidak akan mempertahankan kerusi DUN Kinrara sebaliknya hanya diletakkan sebagai calon di kerusi parlimen Seputeh.

Ronnie yang merupakan penyandang wakil rakyat DUN Pandamaran dipertanggungjawabkan untuk memegang portfolio Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor.

DAP turut menyenaraikan pengarah strateginya Ong Kian Ming untuk kerusi parlimen Serdang, menggantikan penyandang Teo Nie Ching yang dipilih untuk bertanding di kerusi Pulai, Johor.

Penyandang kerusi DUN Sungai Pinang Teng Chang Khim pula akan mempertahankan kerusinya.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang ditanya mengenai keputusan tidak mencalonkan Teresa di kerusi negeri berkata, ia adalah atas permintaan Exco Selangor itu sendiri.

"Keputusan ini berdasarkan input dan pendatangan dari pelbagai pihak, jadi saya rasa kita biarkan sebegitu," kata beliau yang turut mengumumkan 19 senarai DAP Selangor.

Sepuluh daripada 15 calon DAP di kerusi negeri adalah muka baru.

Sementara itu bagi Melaka, penyandang kerusi DUN Kota Laksamana Betty Chew yang mengumumkan untuk tidak bertanding, akan digantikan dengan ADUN veteran tahun 90an, Lai Keun Ban.

Manakala kerusi parlimen Sarawak 13 senarai calon.

Lantik kroni, bekas ADUN PKR umum keluar parti

BUKIT MERTAJAM 18 April - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk, Datuk Tan Hock Leong mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana kecewa dengan tindakan tidak adil PKR dalam pemilihan calon.

Serentak dengan itu, beliau mengumumkan akan bertanding sebagai calon bebas di kawasan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Beliau yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang berkata, beliau membuat keputusan itu kerana PKR tidak adil terhadap dirinya dalam dalam pemilihan calon untuk bertanding pada PRU-13.

"Saya dihubungi oleh Pengerusi PKR negeri Datuk Mansor Othman pukul 11 pagi tadi memaklumkan saya tidak terpilih sebagai calon tanpa memberikan sebarang alasan.

"Saya difahamkan calon baharu dari Selangor akan bertanding di sini," katanya pada sidang akhbar di sini malam ini.

Hock Leong yang merupakan penyandang kerusi DUN itu selama sepenggal berkata, PKR yang kononnya sebuah parti memperjuangkan keadilan sebenarnya mengamalkan kronisme.

"Apa tidak kroni kerana hanya meletakkan calon kroni mereka dan ia bukan berlaku di di sini, tetapi berlaku di Perak, Selangor dan Kedah, " ujarnya.

Beliau yang juga Ketua Cabang PKR Bukit Mertajam yakin rakyat akan memilih calon terbaik dan bukannya parti seperti PKR dan percaya ramai lagi ahli PKR akan tinggal parti itu.

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130419/px_74/PRU-13-Bekas-ADUN-Machang-Bubuk-keluar-parti-PKR#ixzz2QprW30sZ
© Utusan Melayu (M) Bhd

DAP masih dibenarkan guna lambang roket

Pendaftaran DAP tidak terbatal dan parti itu masih boleh menggunakan simbolnya dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13), kata Pendaftar Pertubuhan Datuk Abdul Rahman Othman.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau menarik perhatian Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) memaklumkan kepada DAP semalam bahawa ia sedang mengkaji pendaftaran parti itu berikutan pertikaian di kalangan anggotanya.

Sementara menanti penyelesaian pertikaian berkenaan, kenyataan itu menyebut Pendaftar Pertubuhan tidak memberi pengiktirafan kepada pemegang-pemegang jawatan DAP yang dibentuk semasa pemilihan parti itu pada 15 Dis 2012, mengikut Seksyen 3A Akta Pertubuhan 1966.

“Bagaimanapun, pendaftaran DAP tidak terbatal dan ia masih boleh menggunakan simbolnya semasa PRU13,” kata Abdul Rahman.

Beliau turut berkata siasatan berhubung pemilihan parti itu akan diteruskan.

Kemelut yang berlaku dalam DAP itu timbul selepas ramai anggotanya dilapor mempersoal ketelusan dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP berikutan wujud perubahan mendadak dalam keputusan pemilihan kononnya disebabkan kesilapan pengiraan, selain dakwaan kenapa lebih 700 perwakilan dinafikan hak mengundi.

Dalam satu sidang akhbar di ibunegara, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa telah menerima surat ROS bertarikh 17 April, menyatakan ROS tidak memberi pengiktirafan kepada pemegang-pemegang jawatan CEC parti DAP.

Berdasarkan keputusan ROS itu, parti tidak berkuasa mengeluarkan surat watikah pelantikan kepada mana-mana calon parti menggunakan simbol parti iaitu roket pada PRU13, katanya.

Sehubungan itu, Lim berkata DAP bercadang menggunakan simbol PAS di Semenanjung dan simbol Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sabah dan Sarawak pada PRU13.

Lim sebelum itu mengadakan mesyuarat bersama Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, yang menurut pemimpin DAP itu mendapat persetujuan pemimpin parti masing-masing berhubung penggunaan simbol PAS dan PKR.

Beliau turut berkata sepucuk surat yang diterima semalam menyatakan ROS telah bersetuju menangguhkan penyiasatan berhubung pemilihan jawatan CEC.

Dalam surat itu, kata Lim, ROS telah bersetuju bahawa penyiasatan tersebut yang sepatutnya dijalankan hari ini, ditangguh ke 9 Mei.

- Bernama

Video rakaman 'undang pahala' dari seorang lelaki panas!

Tontonan kepada dewasa sahaja, dan juga kepada yang tengah panas hati akibat tidak dicalonkan pada PRU13 yang bakal tiba.

Terlebih dahulu, kami terangkan tajuk yang kami letak supaya tidak mengundang fitnah di masa hadapan.

Aksi undang pahala yang kami maksudkan adalah kerana senyuman itu sedekah, bersedekahlah kamu untuk peroleh pahala...

Melihatkan keadaan lelaki ini yang begitu santai mengenakan baju pagoda setiap adegannya, kami beranggapan beliau mungkin berasa panas akibat cuaca...

Kami tidak kenal lelaki ini, tetapi mengikut laman Youtube, beliau berasal dari Filipina dan namanya Komikero

Jom tonton video beliau...

Kit Siang, Karpal SAH tanding guna tiket PAS!

SHAH ALAM 18 April - Dalam tempoh 24 jam sebelum hari pencalonan, DAP menghadapi saat getir apabila terpaksa mengambil keputusan untuk menggunakan lambang Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok menyatakan, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengerusi DAP, Karpal Singh akan bertanding atas tiket Pas dalam PRU-13 kali ini.

"Kali ini tidak ada simbol Roket, UMNO tidak boleh lagi mengatakan Pas dan PKR dipergunakan oleh DAP. Kita percaya dalam krisis ada peluang, jadi slogan yang digunakan oleh UMNO tidak boleh dipakai lagi," katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran manifesto dan pengumuman calon-calon pakatan pembangkang Selangor di Dataran Kemerdekaan di sini malam ini.

Teresa Kok berkata, majlis malam ini tidak dihadiri oleh para pemimpin kanan DAP kerana mereka sedang bermesyuarat di ibu pejabat parti.

"Mesyuarat dijalankan dalam tempoh 24 jam berbincang tentang apa yang boleh buat. Kita tidak ada ucapan dibuat malam ini," katanya sambil menyatakan beliau berasa sedih dengan apa yang telah berlaku.

Teresa berkata, keputusan menggunakan lambang Pas dan PKR itu diambil kerana keputusan tidak memberi pengiktirafan kepada pemegang-pemegang jawatan DAP yang dibentuk semasa pemilihan parti itu pada 15 Disember 2012, mengikut Seksyen 3A Akta Pertubuhan 1966 adalah daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) tetapi tidak mendapat kepastian daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pendaftar Pertubuhan Datuk Abdul Rahman Othman dalam kenyataannya hari ini berkata, pendaftaran DAP tidak terbatal dan parti itu masih boleh menggunakan simbolnya iaitu Roket pada PRU-13