Tampilkan postingan dengan label ARTIKEL. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label ARTIKEL. Tampilkan semua postingan

Jumat, 12 April 2013

Beruk sekalipun terkejut dengan aksi dalam video itu!

Beruk pun terkejut bila keluar video sex pemimpin PAS, kalau pemimpin PKR tu 'biasalah' atau rakaman budak-budak tengah beromen dengan bendera PAS dibelakang tu boleh la dipertikai lagi mungkin pengikut belajar agama sedikit yang mengharap senang masuk syurga, tapi ini pemimpin kanan PAS.

Itulah akibatnya suka buka aib orang, bila ada orang kritik sedikit seperti Zul Nordin, Abdullah Samaah, Fadhilah Kamsah, puak mereka melenting bukan hendak lawan hujah tapi korek dan dedah keaiban orang itu, bukan orang itu pun tetapi orang berkaitan orang itu ada yang pulau kelas pengajian kerena pak mentua ustaz itu berucap di pentas perpaduan.

Pernah seorang kawan berseloroh, kalau Nik Aziz tiba-tiba keluar PAS dan mula mengkritik PAS, maka pasanglah habis terpadam jasa-jasa Nik Aziz dalam PAS dan habis aib Nik Aziz dikorek dan didedahkan.

Biar pun kesahihan video itu masih dalam siasatan namun apa guna siasat, bukan mereka nak percaya, 

bawalah Bill Gates atau professor yang berpengalaman dengan FBI selama 35 tahun pun buat analisa jika membenarkan maka puak mereka akan percaya budak poli yang ambil sijil teknologi maklumat yang menidakkan lagi, 

macam kes Lynas, bila professor berPHd geng mereka kata selamat mereka tolak bulat-bulat kerana tidak ngam dengan propaganda pemimpin mereka yang hanya berkelulusan bahasa sahaje.

Allah berfirman didalam surah al-anfal ayat 30,

Mereka membuat rancangan dan Allah (juga) membuat rancangan, dan Allah adalah sebaik-baik Pengatur rancangan. (8:30)

Amekaw!


Minggu, 07 April 2013

Pecah Berita! PR Sokong Murtad? Gobind Bangun sebagai Peguambela Lina Joy?


KUALA LUMPUR, 7 Apr 2013 -- Pada tahun 2000 Lina Joy menggunakan prosedur mahkamah untuk menggugurkan perkataan agama Islam di kad pengenalannya kerana beliau telah murtad dan mahu berkahwin dengan seorang kristian. Arakian sistem perundangan yang dikuasai UMNO telah menolak permohonan beliau kerana tidak mendapat kebenaran mahkamah syariah.

Lina Joy telah membawa perkara ini ke mahkamah, peguam yang mewakili Lina Joy ini tidak lain tidak bukan adalah encik Gobind Singh iaitu ADUN DAP dan anak pengerusi DAP? Benar, Gobind yang sama yang diserang dan dinista oleh penyokong serta pemimpin barisan nasional kerana gobind menyokong murtad, menemplak penggunaan bahasa Melayu dalam mahkamah dan mencampuri usurusan PBT.

Yang amat menghairankan adalah dua hakim UMNO yang bermazhab ahli sunnah wal jamaan yang mendengar kes ini yang juga mengaku Islam iaitu Tun Fairiz dan Dato Alaudin turut sama menzalimi Lina Joy yang hanya mahu murtad?

Kes Lina Joy ini adalah satu bukti daripada berjuta bukti (rakaman video anwar dan anaknya nuruul izzah, menyokong Ambiga yang menganjur forum mengkritik Islam, menyokong murid Islam bawa sosej babi) Pakatan menyokong Murtad! sehingga sanggup bersetongkol dengan pejuang-pejuang MURTAD yang berselindung di bawah kebebasan agama.

Gobind yang dihina dan dicaci BN dan juga ADUN DAP dan Pakatan telah bertungkus lumus membela Lina Joy yang hanya mahu murtad itu. Kes ini jelas menunjukkan bahawa pendirian pakatan terhadap kebebasan beragama dan berbeza dengan kebebasan agama BN iaitu hanya untuk orang yang tidak dilahirkan Islam.

Gobind, Ambiga, majlis peguam, Zaid, Anwar dan Nurul Izzah daripada Pakatan dan Pakatan friendly hingga sekarang tidak pernah meminta maaf kerana kenyataan dan kerja laku bbiadap mereka mencabar kesucian Islam.

PAS for All

Rabu, 03 April 2013

Roti Najib vs Roti Anwar



Satu pagi di kedai mamak, sekumpulan pemuda yang mahu menghentam DS Najib tidak menyedari apa untung nasib mereka pagi itu,

Pemuda A: Mamak, roti canai satu.

Mamak: Roti telur ka?

Pemuda A: Bukan roti telur, saya mau roti Najib!

Mamak: Roti Najib? Sini tak da jual itu roti la, roti telur atau roti kosong ada laaa..

Pemuda A: Mamak...itu roti tak ada telur, orang panggil itu roti Najib.

Mamak: Itu macam kaaa? Roti tak ada telur itu roti Najib ka? OK, sekarang saya tau....roti tak ada telur roti Najib...

Pemuda A: Sekarang punya orang mamak, semua barang tak ada telur mereka panggil itu barang Najib..

Mamak: OK, OK, lain kali saya ingat itu, roti tak ada telur itu roti Najib... itu macam kalu semua barang ada telur kita panggil roti Anwar...

Pemuda A: Betul tu sebab Anwar baaanyak berani..

Mamak: Ya ya lagi satu, anwar punya telur satu dunia sudah tengok itu video hantam Chinadoll punya..

Pemuda A: Kurang hajar ko mamak!!!

Orang ramai dalam warung: Kah kah kah, kah kah kah, kah kah kah cayalah mamak!!!

Sebuah keyakinan, cerita benar untuk PRU

Sepupu saya ialah penyokong tegar Pakatan, baru-baru ini saya telah meneman beliau mengambil kereta yang baru dibelinya.

Waktu itu saya terfikir, dia ini walaupun bila bercakap dengan orang memberi gambaran bahawa BN tiada harapan lagi, rakyat benci BN dan PR adalah kononya government in waiting namun itu semua hanyalah di mulut, jauh disudut hati beliau sendiri tidak yakin yang PR mampu menang.

Kenapa saya katakan begitu? Kerana beliau baru saja ambil kereta baru. Bukankah PR berjanji jika mereka menang harga kereta akan dikurangkan dalam 50%! Maknanya Honda Accord baru pun akan berharga RM110k sahaja!

Jadi kenapa beliau ambil kereta sekarang sedangkan pembubaran wajib hanya beberapa bulan sahaja lagi? Ini jelas menunjukkan puak penyokong gay sendiri tidak pernah meyakini anwar Ibrahim dan pakatan.

Sebenarnya perkara yang sama pernah berlaku pada tahun 1999, di mana Dr Mahathir melengah-lengahkan pembubaran parlimen, 

"Saya nak tunggu bendera pembangkang reput dulu"

Maka menyalak sakan puak pembangkang konon mereka akan menawan Malaysia, tapi lepas keputusan, pembangkang TETAP KALAH!

Sebagai rakyat biasa anda fikir-fikirkan lah.

Junah: on his majesty's secret service.