Tampilkan postingan dengan label DUNIA. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label DUNIA. Tampilkan semua postingan

Selasa, 16 April 2013

Serangan Boston: US diserang pengganas sekali lagi? (Amaran: Imej ganas dan berdarah)

BOSTON – Tiga orang kini disahkan terkorban akibat dua letupan yang berlaku berhampiran garisan penamat Maraton Antarabangsa Boston di Massachusetts, awal pagi ini.

Menurut polis Boston, mangsa yang terkorban termasuklah seorang budak lelaki berumur lapan tahun.

Pihak hospital pula berkata, sekurang-kurangnya 144 orang cedera dalam insiden letupan itu dengan 17 daripada mereka berada dalam keadaan yang kritikal.

Pihak berkuasa tempatan masih kebingungan letupan itu angkara siapa sekaligus mencetuskan spekulasi Amerika Syarikat telah diserang untuk kali kedua selepas insiden 11 September 2001.

Presiden Barack Obama dalam satu kenyataan segera yang disiarkan secara langsung menerusi kaca televisyen dengan pantas meminta semua pihak jangan membuat sebarang kesimpulan bahawa ini adalah serangan pengganas sehinggalah pihak berkuasa mengumpul segala maklumat terperinci.

“Kita masih tidak mengetahui letupan ini angkara siapa dan kenapa…oleh yang demikian orang ramai tidak harus membuat sebarang andaian sehingga laporan dan fakta sahih diperolehi,”tegasnya.

Beliau kemudiannya menambah; “Namun begitu, kita akan siasatan sehingga kita ketahui ia adalah angkara siapa dan mengapa ia dilakukan.”

Dua letupan kuat itu berlaku berhampiran garisan penamat maraton sejurus selepas pemenangnya berjaya menamatkan perlumbaan yang disertai oleh lebih 27,000 orang itu.

Klip video yang dirakamkan oleh perakam amatur memperlihatkan letupan itu berlaku di sebelah kiri laluan peserta perlumbaan yang menempatkan orang ramai berdiri menyaksikan maraton itu.





Kamis, 11 April 2013

Remaja 17 tahun bunuh diri tidak tahan tanggung malu diperkosa empat lelaki jahanam

Rehtaed Parson
Rehtaeh Parson adalah mangsa rogol empat remaja ketika berusia 15 tahun di rumah rakannya pada tahun 2011. Akibat tidak tahan dikeji oleh rakan sekeliling, Rehtaeh mengambil keputusan untuk membunuh dirinya sendiri.

"Rehteah yang baru berusia 17 tahun telah membunuh dirinya pada 7 April yang lalu setelah beberapa kali mencubanya beberapa bulan yang lalu," kata ibu Rehteah, Leah Parsons lapor News.com.au.

Foto-foto aksi rogol tesebut juga disebarkan di internet oleh salah seorang perogolnya.

Sejak itu, beliau menjadi mangsa buli rakan sekelilingnya. Kejadian buli itu juga memaksa keluarganya berpindah ke Hallifax dari rumah asal mereka di Cole Harbour.

"Segala teks, perkara negatif semuanya diberitahu kepada saya. Beliau berusaha bersungguh-sungguh untuk melupakannya. Dia tidak pernah ditinggalkan sendirian. Sayangnya rakan-rakannya pula tidak prihatin, malah mempermainkannya, malah ada rakan lelakinya yang mengajaknya lakukan hubungan seks," kata Leah.

Di laman FB Rehteah, beratus pengunjung mezahirkan rasa simpati mereka. Malah ada yang mahu perogol tersebut dihukum.

"Rehteah meninggal hari ini kerana dirogol empat lelaki dengan kejam dan menyebarkan foto-fotonya dengan tujuan untuk berseronok," ungkap kata-kata akhir Leah dalam akaun FB RIP Rehteah Parson.

Senin, 08 April 2013

Khalwat dalam ambulans

OMLUJ (Arab Saudi) – Suruhanjaya Pemeliharaan Akhlak dan Pencegah Maksiat (Hai’a) menahan sebuah van ambulans di daerah ini berikutan berlaku insiden ‘khulwa’ atau pergaulan bebas antara lelaki dan wanita bukan mahram apabila seorang pemandu dan dua jururawat duduk di bahagian depan ambulans berkenaan.

Menurut pemandu ambulans, dia dan dua jururawat terbabit ditahan dalam perjalanan pulang selepas menghantar seorang mangsa kemalangan dari sebuah hospital di Madinah ke Al-Wajh.

Anggota penguat kuasa Hai’a mengejar ambulans dan mengarahkan pemandunya supaya berhenti.

Pemandu bersama dua jururawat terbabit yang diarah keluar mula dikerumuni orang ramai dan kaki tangan perubatan terbabit dibenarkan beredar hanya selepas penguat kuasa melakukan soal siasat lebih daripada satu jam,” jelas seorang saksi.

Jurucakap Hai’a, Muhammad Al-Zubaidi di wilayah Tabuk melaporkan anggotanya bertindak menahan ambulan itu kerana kakitangan Kementerian Kesihatan terbabit melanggar peraturan apabila dua jururawat duduk di bahagian penumpang depan bersebelahan dengan pemandu. – Agensi

Bekas PM Britain, Margaret Thatcher meninggal dunia

LONDON 8 April - Bekas Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher meninggal dunia hari ini pada usia 87 tahun akibat angin ahmar.

Jurucakapnya, Lord Bell berkata, kematian Wanita Besi itu diumumkan anak beliau, Mark dan Carol Thatcher.

Pemimpin Parti Konservatif itu mengetuai kerajaan Britain antara 1979 hingga 1990, menjadikan beliau Perdana Menteri paling lama memerintah Britain selepas perang. - Agensi

Sabtu, 06 April 2013

(Gambar) Aktivis topless Wanita Femen bakar bendera kalimah syahadah

Aktivis Femen semakin melampau apabila membakar bendera yang bertuliskan kalimah syahadah di luar Masjid Agung, Paris, dua hari lepas.

Dengan tidak memakai baju, mereka membakar bendera berkenaan sebagai aksi membantah kononnya ada penindasan yang berlaku terhadap wanita di seluruh negara Islam.

Tindakan mereka juga berpunca dari seorang ahli pertubuhan mereka, Amina Tyler dari Tunisa yang sedang diburu pihak berkuasa apabila menconteng dirinya yang bogel dengan ayat-ayat al-Quran.

"Kami bebas, kami bogel, ini hak kami, ini tubuh kami, ini aturan kami dan tiada siapa pun yang boleh memperalatkan agama dan simbol suci lainnya untuk menganiaya perempuan dan menindas mereka," kata salah seorang aktivis, Alexandra Shvchenko kelmarin di hadapan masjid itu.

Amina Tyle sebelum ini diancam dengan hukuman bunuh apabila memuatnaik tubuh bogelnya yang penuh dengan tulisan ayat-ayat al-Quran di Facebook.

Kumpulan ini juga menggelar hari tersebut sebagai "Jihad Topless Day". Mereka turut mengadakan demo di beberapa negara lain seperti di Jerman, Ukraine dan Perancis.

Sabtu, 30 Maret 2013

Menteri pengsan selepas bersenggama dengan dengan remaja perempuan

Gara-gara mengambil terlalu banyak pil Viagra, seorang menteri Kabinet Malawi dilaporkan jatuh pengsan ketika mengadakan hubungan seks dengan teman wanitanya, yang juga seorang remaja yang masih bersekolah.

Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah hotel melibatkan Menteri Pertahanan Malawi, Ken Kandodo.

Selepas tidak sedarkan diri, remaja perempuan itu kemudiannya memanggil kakitangan hotel.

Ken kemudiannya dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut. Ketika di hospital, Ken juga dilaporkan terus mengalami ereksi susulan pil Viagra yang diambilnya itu.

Bagaimanapun, beliau menyifatkan dakwaan itu sebagai satu berita yang sengaja disensasikan.

Ken juga menafikan dia telah mengadakan hubungan seks dengan remaja berkenaan dan tidak pernah mendaftar masuk ke hotel tersebut.

“Itu semua pembohongan. Saya sihat dan tidak pernah pengsan,” katanya ketika menafikan laporan berkenaan.

Pihak pengurusan hotel bagaimanapun enggan memberikan sebarang ulasan demi privasi pelanggan mereka. – Maklumat.my