Minggu, 31 Maret 2013

(Gambar) Wajah Datuk Seri Ridzwan yg dikehendaki berkaitan isu pencerobohan

LAHAD DATU – Polis kini mencari seorang individu dikenali sebagai Datuk Seri Ridzwan Sulaiman bagi membantu siasatan berhubung pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, baru-baru ini.

Individu terbabit yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al Ehsan Islamiah Malaysia berasal dari Georgetown, Pulau Pinang dipercayai mempunyai maklumat penting mengenai percerobohan itu.

Justeru, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib meminta individu terbabit menyerah diri atau orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Ridzwan supaya tampil membantu polis di mana-mana balai polis berhampiran.

Beliau berkata demikian pada sidang media di sini, sebentar tadi. – Berita Harian Online

Tidak ada komentar:

Posting Komentar