Sabtu, 30 Maret 2013

Sah! Isu Lynas hanya batu loncatan untuk jadi calon dalam PRU13!

KUANTAN, 30 Mac - Isu kontroversi kilang Lynas di Kawasan Perindustrian Gebeng dekat sini akhirnya telah memberi ruang kepada dua orang pemimpin NGO yang berjuang menentang projek tersebut bertanding pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini nanti.

Pemimpin terbabit ialah Wong Tack, Pengerusi Himpunan Hijau dan Andasura Rabu, Pengerusi Badan Bertindak Anti Rare Earth Refinery (BADAR).

Wong Tack baru-baru ini telah diumumkan sebagai calon DAP untuk bertanding kerusi parlimen Bentong manakala Andansura pula diwar-warkan akan bertanding atas tiket PAS di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Beserah (Parlimen Indera Mahkota).

Melihat kepada senario ini, maka ramai yang tertanya-tanya bagaimana pula dengan Pengerusi NGO Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) iaitu Tan Bun Teat (foto)?.

Apakah Pakatan Rakyat juga akan memberi ruang kepada beliau untuk bertanding pada pilihanraya umum ini nanti?.

Sebelum ini SMSL dilihat menjuarai berbagai program berkaitan anti Lynas. Namun selepas NGO itu didaftarkan sebagai sebuah syarikat sendirian berhad, kini SMSL dilihat semakin sepi dan tiada lagi aktiviti berkaitan dilihat sekarang ini. Malah, NGO yang dipimpin oleh Won Tack pula dilihat lebih menyerlah termasuk mengajak orang ramai berjalan kaki dari Kuantan ke Dataran Merdeka bagi menyuarakan bantahan mereka baru-baru ini.

Soalnya sekarang, kenapa SMSL tiba-tiba menyepi dari sebarang aktiviti selepas sekian lama mereka berjuang menentang projek tersebut?

Inilah yang menjadi kemusykilan dikalangan rakyat Kuantan sekarang. Malah, mereka juga turut mempersoalkan tentang apakah kewajaran dua pemimpin NGO terbabit menyertai kancah politik dan bertanding pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini nanti.

Apakah perjuangan NGO berkenaan (Hijau dan Badar) selama ini adalah untuk kepentingan politik semata-mata?

Soalnya sekarang, kenapa Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh juga terlibat secara langsung dengan berbagai program anti-Lynas sedangkan sudah ada tiga NGO yang sepatutnya berbuat demikian di Kuantan. Malah, ada yang berkata Fuziah sepatutnya hanya memperjuangkan isu ini di parlimen dan bukannya di "atas padang" seperti yang dapat kita saksikan.

Cukuplah dengan sokongan daripada ketiga-tiga NGO terbabit untuk mengajak rakyat berhimpun dan menenantang projek itu selama ini. Bila dikatakan isu Lynas dijadikan "millage politik" oleh pihak-pihak tertentu pasti ramai yang akan marah. Namun, lihat apa yang berlaku sekarang?.

Tiga orang pemimpin gerakan anti Lynas kini akan bertanding di PRU-13, melainkan Tan Bun Teat seorang sahaja yang dilihat tidak berbuat demikian.

[Jika melihat kepada fenomena yang berlaku ini, maka sahlah bagai dikataka oleh pihak berkenaan bahawa Lynas hanya mahu dijadikan isu politik bagi mempopularkan individu tertentu semata-mata.

Apapun, sama-sama kita nantikan apakah ketiga-tiga pemimpin ini akan menang atau sebaliknya. Bayangkan jika mereka kalah?. Apakah mereka layak untuk kembali mempimpin perjuangan rakyat menentang Lynas?

Sedangkan terbukti rakyat menolak mereka menerusi kertas undi?

Justeru, adalah diharapkan mana-mana pemimpin NGO yang mahu sertai politik atau menjadi calon pilihanraya agar melepaskan dulu jawatan masing-masing agar tidak menimbulkan fitnah dikemudian hari. Apapun, syabas dan tahniah kepada Tan Bun Teat yang tidak terikut-ikut untuk turut sama menyertai pilihanraya kali ini.

Apapun, terdapat maklumat, ada orang kanan beliau yang akan bertanding sebagai calon bebas di salah satu parlimen dalam kawasan Kuantan kali ini. Maknanya, isu Lynas benar-benar dijadikan bahan kempen politik bagi meraih undi kali ini. Soalnya, apakah rakyat boleh menerima dan dipengaruhi dengan isu ini. Sama-samalah kita nantikan keputusannya nanti].

Sumber Artikel: http://pahangdaily.blogspot.com

Tidak ada komentar:

Posting Komentar