Minggu, 31 Maret 2013

(Video) Sandiwara UMNO 'upah' anak gadis jadi pelacur di Kelantan?

Malam semalam siaran berita paling dibenci pebangkang, Buletin Utama menyiarkan laporan mengenai anak-anak gadis yang sanggup menjadi pelacur di usia begitu muda di Kelantan.

Majoriti gadis-gadis yang ditemuramah memberi alasan kesempitan hidup, kemiskinan keluarga telah memaksa mereka terjerumus dalam kancah keji ini.

Dasyat, negeri serambi Mekah yang mana pembangunannya berteraskan agama, pembinaan hotelnya mengikut syariat (tidak menyediakan alkohol) dan begitu juga pembinaan rumah-rumah baru wajib mempunya tiga kerana seperti disarankan Islam terjadi begini rupa!

Bagi pendokong-pendokong PAS, pasti menuduh anak-anak gadis malang ini adalah upahan UMNO yang sengaja mahu memburuk-burukkan negeri di bawah pentadbiran Nik Aziz ini walaupun ianya kebenaran yang amat pahit untuk mereka telan.

Itulah yang terjadi akibat kebajikan rakyat diabaikan disebalik takbir yang mereka laungkan....

Ubah la wee!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar