Sabtu, 30 Maret 2013

Manifesto pembangkang umpama tisu jamban - TIBAI

KUALA LUMPUR 30 Mac - Manifesto pakatan pembangkang bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang dilancarkan baru-baru diibaratkan tisu jamban yang hanya boleh dipakai dan dibuang, kata Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip.

Menurutnya, ini kerana manifesto tersebut kosong dan tidak memiliki apa-apa untuk ditawarkan kepada rakyat serta bukan sebuah janji untuk ditunaikan sekiranya mereka memerintah negara.

"Kita lihat bukti dan contoh pada PRU-12, banyak janji-janji pakatan pembangkang kepada rakyat tidak ditunaikan terutamanya kepada rakyat di Selangor. Manifesto mereka hanya merupakan satu cabaran terbaharu untuk meliwat pemikiran rakyat.

"Mereka (pakatan pembangkang) seolah-olah tin kosong yang asyik menggembar-gemburkan macam-macam perihal dan janji kepada rakyat, sebaliknya mereka sendiri tidak mampu melaksanakannya, kepada Utusan Online ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Muhammad Zahid turut memberi amaran kepada pihak pembangkang agar tidak cuba bermain api dengan melakukan huru-hara dan kacau-bilau sekiranya mereka tewas pada pilihan raya umum nanti.

Kata beliau, jika rancangan itu diteruskan TIBAI akan memastikan pakatan pembangkang akan terbakar dengan api rancangan jahat mereka sendiri.

"Kami tidak akan membenarkan pakatan pembangkan meliwat keamanan dan keharmonian rakyat. Saya yakin pada waktu ini, tiada seorang rakyat pun yang mahu diliwat pemikiran mereka," ujarnya.

Muhammad Zahid berkata, senario pilihan raya umum 2008 tidak akan sama dengan PRU-13 kerana ramai rakyat sudah menyedari kelemahan pembangkang.

Jelasnya, beliau yakin para pengundi BN yang pada 2008 yang menukar undi mereka kepada pihak pembangkang akan kembali memberi sokongan kepada kerajaan kali ini.

"Malahan, banyak penyokong tegar pakatan pembangkang juga diyakini akan beralih arah dan mengundi BN," katanya. - UTUSAN

Tidak ada komentar:

Posting Komentar