Jumat, 29 Maret 2013

Pak Guard 'stim' kantoi


TEMERLOH - Seorang pengawal keselamatan warga emas sanggup mengajak rakannya untuk khayal bersama ketika sedang bertugas mengawal sebuah sekolah di Mentakab, kira-kira jam 12.15 tengah malam, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah, Pemangku Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, pengawal keselamatan terbabit yang baru empat bulan bertugas di sekolah berkenaan bersama rakannya berusia 42 tahun diserbu sepasukan polis cawangan narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh ketika sedang khayal di dalam bilik suis utama sekolah itu.

Menurutnya, pemeriksaan polis berjaya menemui 35.32 gram dadah jenis heroin RM1,600 dalam bilik itu.

“Suspek baru empat bulan bertugas di sekolah terbabit, manakala rakannya bekerja sebagai buruh, kedua-dua mereka beralamat di Mentakab ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media semalam.

Abdul Aziz berkata, kedua-dua suspek juga didapati positif dadah jenis morfin selepas ujian air kencing dilakukan ke atas mereka.

Beliau berkata, suspek pengawal keselamatan, 60 mengaku menjadi penagih tegar sejak 15 tahun lalu.

Katanya, suspek dipercayai melakukan pengedaran dadah di sekitar kawasan Karak dan Lanchang dan kegiatan mereka dikesan sejak seminggu lalu.

"Kedua-dua mereka akan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

“Saya nasihatkan kepada pihak sekolah supaya mengambil langkah keselamatan dengan membuat saringan sebelum mengambil pekerja bagi mengelakkan berlaku kejadian jenayah,” katanya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar