Sabtu, 30 Maret 2013

Risalah kekacauan, pembangkang yakin mereka tidak mampu menang secara 'halal'


KOTA KINABALU 30 Mac - "Tindakan terdesak kerana yakin tidak akan menang secara 'halal' dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13)".

Itu reaksi spontan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika ditanya mengenai tindakan pihak tertentu mengedarkan risalah di pusat mengundi yang bertujuan mewujudkan suasana tegang.

"Jadi sebab itulah mereka membuat tindakan ini kerana kalau boleh menang dalam pilihan raya kenapa pula hendak wujudkan huru-hara.

"Kalau betul-betul mereka mahukan sebuah pilihan raya yang bebas, kalau betul-betul mereka mahu mempertahankan demokrasi apa sebab pula mereka hendak timbulkan masalah," katanya dalam sidang akhbar sempena lawatan kerja beliau ke Sabah di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohamad Mentek.

Semalam Utusan Malaysia melaporkan parti pembangkang dikesan cuba mencetuskan suasana huru-hara semasa PRU-13 dengan tersebarnya risalah mengandungi cara untuk mewujudkan ketegangan di pusat-pusat mengundi di kawasan tertentu.

Menurut risalah itu, sasaran kekecohan ialah di kawasan Parlimen Gombak, Lembah Pantai, Permatang Pauh, Setiawangsa, Wangsa Maju, Bagan Serai, Bukit Katil, Muar, Pandan dan Sabak Bernam. - UTUSAN

Tidak ada komentar:

Posting Komentar