Senin, 15 April 2013

Ambiga mahu ceramah di pentas BN

KUALA LUMPUR: Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Datuk S. Ambiga berkata beliau bersedia untuk berceramah di atas pentas Umno Barisan Nasiona (BN) jika dijemput.

“Saya hadir di ceramah PR kerana mereka menjemput, saya akan hadir di ceramah BN jika mereka ajak saya untuk berkempen.

“Namun, saya tetap akan bercakap perkara sama, pilihan raya yang bersih serta tolak budaya rasuah,” katanya ketika memberi ucapan pada ceramah kelompok ‘Masa Untuk Perubahan’, di Bangsar, kelmarin.

Beliau berkata BERSIH adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan tidak berpihak kepada mana-mana parti politik.

“Bersih tidak memihak mana-mana, hanya memperjuangkan hak rakyat, hak pilihan raya yang adil,” katanya.

Namun pada Himpunan Pembangkang di Stadium Merdeka pada Januari lalu menyaksikan Ambiga mewakili BERSIH hadir bagi menyatakan sokongannya terhadap Pakatan Rakyat.

BERSIH sebelum ini beberapa kali mengadakan himpunan jalanan bagi menuntut lapan perkara bagi menambahbaik proses pilihan raya di negara ini.

Antara lapan tuntutan tersebut adalah:

- Bersihkan senarai undi

- Mereformasikan undi pos

- Gunakan dakwat kekal

- Akses media bebas & adil

- Masa berkempen minima 21 hari

- Kukuhkan institusi awam

- Hentikan rasuah

- Hentikan politik kotor

Respon kepada tuntutan itu, kerajaan pusat menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung dengan penambahbaikan proses pilihan raya bagi mengkaji lapan tuntutan terbabit.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju untuk memenuhi lima daripada lapan tuntutan itu. Ini kerana, SPR tiada kuasa untuk mengukuh institusi awam, menghentikan rasuah dan menghentikan politik kotor.

Antarapos

Tidak ada komentar:

Posting Komentar