Rabu, 17 April 2013

Tindakan Shariff Omar rugikan umat Melayu di Pulau Pinang @dzainalabidin

Sharif Omar, individu yang cukup berpengalaman dalam politik, masak segala bagai taktik dan strategi, lebih 20 tahun memegang tampuk kuasa termasuklah di negeri dan persekutuan.

Tindakan sebegini adalah tindakan yang sengaja menerjah diri ke lembah kehancuran, bukan sahaja dirinya malah umat Melayu di Pulau Pinang.

Peluang berehat yang diberikan disia-siakan malah cuba bangkit semula dengan penentangan.

Ya kami faham beliau punya pengikut, tapi mengapa perlu boikot pilihan dari Presiden sendiri? Sampai bila nak tongkat dunia? Takkan tak ambil iktibar dari Nik Aziz yang keluar masuk hospital pun tak reti tak berenti...

Kami dapat rasakan jentera kali ini adalah yang terbaik untuk Pulau Pinang kembali kepada BN. Calon-calon yang dipilih bukan orang lain, orang yang pernah menyokong dan mengangkat beliau hingga ke tahap sekarang. Kenapa tidak boleh untuk kembali menyokong orang yang pernah menolong dirinya dahulu?

Nak jadi dinosour agaknya Sharif Omar ni...kurang rasa hormat kami padanya..

Untuk beliau yang mungkin lupa dengan keadaan di Pulau Pinang untuk masa sekarang, hayatilah bibit lagu dibawah, pada sesetengah orang mungkin sudah membosankan, tapi bagi kami, bait-bait ayatnya masih segar untuk kami jadikan azimat...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar