Selasa, 16 April 2013

Kenali bakal seteru DS Anwar di Permatang Pauh a.k.a Dr. Mazlan Ismail

Kami tidak sempat mengikuti perkembangan calon di Pulau Pinang malah calon-calonnya juga banyak yang baru ditampilkan Barisan Nasional kali ini.

Namun, satu inisiatif yang baik telah diambil oleh blogger-blogger dari Pulau Pinang untuk menemubual calon kerusi plaing panas di sana iaitu Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail.

Jom kenali calon yang bakal memberi saingan kepada DS Anwar Ibrahim ini. Terima kasih diucapkan kepada blogger Dr Mim yang menyediakan teks di bawah.

Selepas penamaan calon BN di Estin Hotel, Pulau Pinang, MiM dan rakan bloggers Penang telah berkesempatan berjumpa dengan Dr Mazlan Ismail, calon Parlimen Permatang Pauh.

Perjumpaan hampir 1 jam itu dipenuhi dengan pengisian yang worth to write untuk pembaca MiM. Mungkin kerana tahap pelajaran Mazlan Ismail yang tinggi memperolehi kelulusan PHD sebelum ini, maka, perjumpaannya menjurus kepada visi Mazlan Ismail jika dipilih oleh rakyat Permatang Pauh.

Personally, MiM dapati Dr Mazlan Ismail adalah seorang anak jati Permatang Pauh yang down to earth dan berkaliber disamping berpengetahuan tinggi dalam agama.

Beliau memberi pelbagai contoh tempatan yang begitu dekat dengan rakyat Permatang Pauh tetapi tidak dilaksanakan oleh wakil rakyat Permatang Pauh sebelum ini.

Yang menariknya ialah Dr Mazlan Ismail merupakan bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang dan juga bekas Pengarah jentera pilihanraya PAS negeri pada tahun 1998 dan 2004. Beliau dikenali di dalam parti PAS sebagai seorang pemimpin yang kuat bekerja dan seorang pemimpin yang bersih.

Selama 20 tahun Mazlan Ismail menjadi ahli dan di dalam kepimpinan PAS Pulau Pinang tetapi selepas itu keluar daripada parti PAS pada tahun 2004. Apabila ditanya sebabnya, Mazlan Ismail mendedahkan bahawa beliau sudah tidak percaya dengan perkahwinan PAS dengan parti-parti lain terutamanya parti DAP.

Daripada parti yang berdoktrinkan Islam, parti PAS dilihat bertukar arah menjadi parti yang lebih mementingkan politik apabila bersekongkol dengan parti DAP.

Dan perkara ini sebenarnya menjadi persoalan besar kepada ahli-ahli PAS, bukan sahaja di Permatang Pauh tetapi di Pulau Pinang dan seluruh Malaysia. Sumber MiM di Permatang Pauh turut memberi MiM info yang sama berlaku di Permatang Pauh.

Apabila ditanya visi beliau kepada Permatang Pauh, Dr Mazlan Ismail berkata, selain daripada Manifesto BN negara dan negeri, beliau juga menggariskan beberapa perkara yang difokuskan khas untuk kesejahteraan rakyat Permatang Pauh, yang sebelum ini diabaikan. MiM dapati kesemuanya viable dan menguntungkan rakyat tempatan.

Jangan lupa ikuti pendedahan seterusnya oleh calon ini sedikit masa lagi!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar