Jumat, 19 April 2013

Gugur calon 'mulut celupar', DAP tagih undi Melayu?

WALAUPUN berdepan kemungkinan parti dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS), DAP yang mungkin menggunakan lambang parti Pas itu tetap meneruskan perjuangan dan telah pun mengumumkan senarai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Seperti Barisan Nasional (BN) yang mengemukakan banyak calon baharu boleh menang (winnable candidates) untuk bertanding, DAP pada kali ini turut menggunakan format dan bentuk pemilihan yang sama.

Malah, satu kejutan yang dibuat oleh DAP semalam apabila beberapa nama orang paling kanan dan berpengaruhnya, telah digugurkan.

Sekadar menyebut, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai, Jenice Lee, penyandang DUN Kota Alam Shah, M. Manoharan, penyandang DUN Kinrara, Teresa Kok dan DUN Pandamaran, Ronnie Liu telah digugurkan daripada menyertai PRU-13.

Pengumuman yang dibuat DAP bukan sahaja memberi kejutan kepada mereka yang digugurkan, sebaliknya kepada para penyokong fanatik masing-masing.

Malah, pada hari ini, ibu pejabat DAP di Cheras di di sini kecoh dengan kehadiran kira-kira 50 penyokong Jenice yang mahu wanita itu bertanding di DUN Teratai bagi penggal kedua.

"Strategi DAP yang akan mempertaruhkan banyak muka-muka baharu pada PRU-13 telah diketahui.

"Teresa Kok dan Ronnie Liu telah digugurkan DAP kerana mereka didakwa menyentuh sensitiviti pengundi Melayu dan Islam di Selangor.

"DAP pada kali ini benar-benar serius dan cuba mencari jalan untuk menarik semula undi Melayu dengan mematikan peranan beberapa orang kuatnya yang dilabel anti Melayu dan Islam di Selangor," kata Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak.

Strategi DAP pada kali ini telah membuktikan betapa pentingnya undi-undi orang Melayu terutamanya di Selangor bagi mengekalkan pemerintahan mereka.

Walau apa yang akan dilakukan oleh DAP selepas ini bagi memancing undi orang Melayu, kejujuran pihak itu masih lagi diragui.

Paling penting, sikap beberapa pemimpin DAP yang secara terang-terangan anti Melayu dan anti Islam, amat melukakan hati.

Kesilapan pengiraan undi pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) pada Disember lalu turut menjadi bukti bahawa parti itu tidak mengamalkan profesionalisme dalam pemerintahan.

Jadi, bagaimana untuk memerintah negara sekiranya mereka sendiri tidak mampu menjaga hati kaum yang mewakili lebih 60 peratus rakyat di negara ini

Tidak ada komentar:

Posting Komentar