Rabu, 17 April 2013

Papagomo lancar manifesto PRU13

KUALA LUMPUR 17 April - Pengendali blog Papagomo yang berhasrat menentang Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen Permatang Pauh akan melancarkan manifesto peribadinya, malam ini.

Pelancaran itu akan diadakan pada pukul 8.45 malam di Dataran Sri Perak, Perumahan Awam Sri Perak, Bandar Baru Sentul di sini.

Papagomo dalam laman blognya memberitahu, manifestonya itu dinamakan Mani Festo Buku JingGay PapaGomo Vs PapaHomo PRU-13.

Katanya, Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Zahid Mohd. Arip akan merasmikan manifesto tersebut.

Pada 8 April lalu, Papagomo mengesahkan akan bertanding sebagai calon Bebas menentang Anwar di Parlimen Permatang Pauh atau di mana-mana kawasan yang ditandingi ketua pembangkang itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

"Ini kalilah kita akan pastikan Anwar Ibrahim berkubur di Permatang Pauh. Harap dapat semua hadir beramai-ramai bagi memastikan Anwar Ibrahim dinyahkan daripada terus menghuru-harakan Malaysia," kata Papagomo menerusi laman blog, http://www.papagomo.com . -

Tidak ada komentar:

Posting Komentar