Selasa, 16 April 2013

Pemilihan Dr. Mazlan Ismail menentang DS Anwar turut disenangi penyokongnya dalam PAS!

Leftenan Kolonel Dr Mazlan Ismail
Calon baru di Permatang Pauh Dr Mazlan Ismail merupakan calon yang amat disenangi ramai pihak. Semalam Dr. MiM telah melaporkan secara ringkas siapa individu yang berkaliber tinggi ini.

Beberapa blog lain turut mendedahkan siapakan individu yang bernama Dr Mazlan ini blogger Anak Seberang dan MMI

Antara yang dipaparkan adalah betapa dedikasinya calon ini dalam tugasannya serta memiliki keperibadian yang dikagumi tidak sahaja di dalam politik malah di dalam tugasan seharian beliau. Ketika kami menyusuri blog Anak Seberang dan mengikuti beberapa komen yang telah dibuat, kami mendapati ramai yang mempesetujui pemilihan calon ini. Masing-masing memberi pendapat yang positif dan yakin akan memberi saingan kepada DS Anwar.

Sebelum itu, Dr MiM turut membangkitkan isu fitnah yang bakal dicetuskan terhadap calon ini dan kami dapat mengesannya di dalam komen-komen yang dibuat di entry blogger Anak Seberang. Ternyata ianya dapat dipatahkan dengan mudah sekali oleh anak-anak buah serta bekas pekerja dibawah selian Dr Mazlan. Hujah mereka mudah, mereka menyenangi 'bos' yang sentiasa memberi perhatian kepada pekerja-pekerjanya.

Terdapat juga yang membentak pemilihan calon ini, dan kami pasti ianya datang dari penyokong totok PAS yang kecewa dengan beliau. Maklumlah, orangnya hebat dan dipercayai. Maka dituduhnya Dr. Mazlah itu sudah murtad PAS dan pelbagai lagi.

Kerisauan turut timbul dalam kalangan penyokong PAS sendiri. Malah blogger MMI mendedahkan ianya terbukti apabila blogger PR yang amat popular, Anak Sungai Derhaka telah membuat entry khas sebelum penamaan calon dibuat lagi dengan mengaitkan pemilihan Dr. Mazlan ini. Beliau amat risau jika DS Anwar Ibrahim tidak bertanding di Permatang Pauh kerana sedar calon yang bakal BN letakkan akan memberi saingan sengit pada PRU13 akan datang.

Ternyata pemilihan Dr. Mazlan memberi impak yang cukup besar buat pembangkang di Pulau Pinang.

Harus diingat, ini negara demokrasi, Pakatan Rakyat mungkin dapat mengekalkan kuasannya di Pulau Pinang, tetapi tidak semestinya DS Anwar dapat memenangi Permatang Pauh!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar