Senin, 15 April 2013

Calon PMR diperkosa buruh alami pendarahan teruk

Gambar hiasan
TELUK INTAN - Perkenalan singkat ketika menghadiri kenduri kahwin kakak di Kampung Gajah yang baru menjangkau tiga bulan mengundang padah buat seorang calon Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) apabila dia menjadi mangsa rogol oleh temannya itu.

Dalam kejadian Sabtu lalu, mangsa berusia 15 tahun itu baru berkenalan dengan suspek dan diajak keluar berjalan-jalan sekitar Teluk Batik kemudiannya ke Teluk Intan sebelum mengajak gadis itu ke rumah abang suspek di Labu Kubong.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisoner Goh Kok Liang berkata, suspek berusia 19 tahun itu membawa pelajar sebuah sekolah di Kampung Gajah ke sebuah rumah kosong milik abang lelaki tersebut di Labu Kubong.

Menurutnya, setiba di tempat kejadian, kira-kira jam 12.30 tengah hari, Sabtu lalu, suspek yang bekerja sebagai buruh kasar membawa masuk mangsa sebelum merogol pelajar tersebut.

“Selepas memuaskan nafsu, mangsa mengalami pendarahan teruk akibat dirogol suspek sebelum lelaki itu membawa pelajar itu ke Hospital Teluk Intan (HTI) untuk pemeriksaan.

“Ketika suspek membawa mangsa ke HTI, petugas bertanyakan apa yang terjadi dan lelaki itu menjawab bahawa pelajar itu terjatuh,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Kok Liang berkata, petugas HTI yang tidak berpuas hati dengan jawapan diberikan oleh suspek, turut menyoal kepada mangsa sebelum mengakui dirogol lelaki itu.

Katanya, menyedari mangsa dirogol suspek, petugas HTI menghubungi keluarga mangsa dan satu laporan polis dibuat oleh abang ipar pelajar perempuan tersebut.

"Kami menahan suspek bagi membantu siasatan terhadap kes tersebut.

“Suspek ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya

Tidak ada komentar:

Posting Komentar