Senin, 15 April 2013

Video seks: PAS abai petunjuk Allah S.W.T?

PAS telah menuduh Umno dengan pelbagai nama yang buruk di dalam kamus Islam. Umno pernah dituduhnya dengan panggilan kafir, murtad, fasik dan munafik.

Nas atau hujahnya pun pelbagai. Adakala Umno jadi kafir dan murtad kerana masih menegakkan perlembagaan penjajah, dan mengamalkan undang-undang yang bukan mengikut syariah Islam.

Terbaharu solat ahli Umno dikira oleh Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai tidak dapat pahala. Ini semua dilontarkan terhadap Umno dan pemimpin PAS amat yakin hanya partinya yang menganut dan mengamalkan Islam tulen di Malaysia.

Bermula dengan keyakinan yang tinggi akan ketulenan dan kesucian amalannya sendiri PAS mula menjadi angkuh bahawa hanya PAS parti Islam sempurna dan sesiapa yang tidak sependapat dengannya adalah kafir, murtad, thaghut dan sebagainya.

PAS abaikan ajaran Al-Quran

Malangnya, andaian PAS itu tidak semestinya betul. Ambil sahaja kes yang didakwa PAS sebagai fitnah terhadap Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali yang dikatakan mirip lelaki yang sedang melakukan adegan seks.

PAS bingkas menafikan lelaki itu Mustafa dan tangkas pula menuduh ini semua gara-gara Umno. Seorang demi seorang pemimpin PAS menafikan seraya mengutuk saingan politiknya Umno.

Dalam tingkah politiknya menangani isu ini PAS jelas mengabaikan ajaran Al Quran:

“Wahai orang-orang yang beriman, jika seorang fasiq datang kepadamu membawa satu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan (kecerobohan) yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu.” (Al-Hujurat ayat 6)

Ayat ini diturunkan berhubung Harits bin Dhirar Al-Khuza’I yang memeluk Islam dan diarahkan oleh Rasulullah S.A.W. supaya menyeru kaumnya memeluk Islam juga. Baginda kemudian mengamanahkan beliau supaya memungut zakat dari kalangan kaumnya yang muslim.

Malangnya, Harits difitnah oleh Walid bin Uqbah kononnya beliau telah menyongsong Harits seperti diperintahkan oleh Rasulullah S.A.W. untuk mengambil zakat kaumnya tetapi Harits enggan menyerahkannya. Sebaliknya Harits dikatakan mengancam mahu membunuhnya (Walit).

Mendengar laporan fitnah Walit, Rasulullah S.A.W. mengirim pasukan untuk mengheret Harits ke muka pengadilan. Maka turunlah ayat ini untuk membersihkan nama Harits dan menjadi peringatan jelas daripada Allah supaya berhati-hati dalam menilai sesuatu kes fitnah.

PAS tidak hayati peringatan Allah S.W.t supaya berhati-hati dalam menilai sesuatu kes fitnah

Namun pimpinan PAS tidak pula menghayati pedoman yang diberikan Allah. Tindakan pertama dan utama mereka ialah menafikan bahawa lelaki dalam video itu adalah Mustafa. Sewajarnya PAS harus menyiasat maklumat (video) berkenaan dan tidak segera menuding jari kepada Umno.

PAS seolah lupa sebagai ahli politik, Mustafa ada ramai musuh baik dalam parti mahupun dalam Pakatan Rakyat. Ramai dikalangan mereka yang tergamak memfitnah Mustafa dan akhirnya mencemar maruah dan imej PAS.

Banyak sudut yang harus dikaji oleh PAS. Pada keseluruhannya PAS harus mempertimbangkan siapakah yang ghairah untuk menafikan kemaraan dan rancangan PAS untuk menerajui Pakatan yang mahu mengambil alih pemerintahan negara?

PAS akan menyesali gerak politik jahil

Cukuplah PAS dipandu oleh seorang dua ulama yang tidak segan silu melabel musuhnya sebagai kafir dan fasiq. Siasatlah dahulu. Adalah dikhuatiri seperti peringatan Allah S.W.T bahawa PAS (jika ia benar-benar beriman) akan menyesali gerak politik jahil ini.

PAS tidak boleh gopoh. Ikutlah panduan Presiden, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang yang bertekad kuat untuk mendapat petunjuk daripada Allah S.W.T dalam meleraikan dakwaan video seks Mustafa Ali.

Untuk itu Haji Hadi segera mengumumkan apa yang perlu dan akan dilakukannya yakni melakukan solat hajat agar Allah S.W.T mendedahkan hakikat yang membelit isu Mustafa Ali.

Bukankah Allah S.W.T itu wujud? Bukankah sehari semalam sekurang-kurangnya 17 kali ahli PAS memohon kepada Allah S.W.T supaya “ditunjukkan jalan yang lurus dan bukan jalan yang sesat” kerana hanya kepada-Nyalah “muslimin menyembah dan kepada-Nya muslimin meminta panduan?.

Apakah PAS dilekakan oleh percaturan politik atau sekadar lalai perintah Allah?

Ulasan@Antarapos

Tidak ada komentar:

Posting Komentar