Selasa, 16 April 2013

Hampir disingkirkan dari DUN Sg Acheh, Chegu Bard bawak cerita UMNO parti haram...

Umum mengetahui Chegu Bard sekarang ini dalam tempoh meroyan setelah Pas bertegas untuk meletakkan calon mereka di DUN Sg Acheh. DUN Sg Acheh merupakan kawasan yang dipinjamkan oleh Pas kepada PKR pada PRU12 yang lepas.

Akibat dari isu berkenaan, Chegu Bard dilihat sebagai calon 'pilihan' untuk disingkirkan bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru Pakatan Rakyat di situ.

Pelbagai alasan Chegu Bard cuba berikan dalam kenyataan tak senonohnya melalui blog beliau. Antaranya beliau sudah bermastautin atas arahan DS Anwar di situ hampir setahun lebih, banyak perkara berbangkit masyarakat setempat, kepala udang berbau busuk la dan benda-benda pelik lain dengan harapan memberi satu bukti kukuh untuk beliau ditempatkan di situ.

Namun Pas tetap bertegas untuk mengambil semula kawasan tersebut. Dek kerana itu, Chegu Bard mula mencari alternatif lain untuk menaikkan nama beliau dengan lebih jelas lagi. Terbaru beliau meroyan-royan di Komtar dan kini beliau muncul pula untuk memfailkan injuksi bagi mendakwa UMNO adalah satu pertubuhan haram.

Ini berdasarkan 'bukti-bukti' kukuh yang beliau perolehi melalui 'orang dalam' yang beliau 'amat percayai' mengirim email kepadanya. Boleh tonton muka kesian Chegu Bard membuat kenyataan bagi memastikan beliau kekal di DUN Sg Acheh di bawah

Tidak ada komentar:

Posting Komentar