Kamis, 18 April 2013

Seniwati Azean Irdawati nazak

KUALA LUMPUR: Seniwati Azean Irdawaty, 56, kini sedang berada dalam keadaan kritikal apabila doktor pakar mendapati barah tumornya sudah merebak ke kawasan vaskular tubuh beliau.

Kawasan vaskular terkandung banyak urat-urat pengaliran darah. Ada kemungkinan, kehilangan darah yang banyak memerlukan darah tambahan. Antara risiko yang mungkin Azean hadapi ialah jantungnya boleh berhenti berdenyut.

Seorang doktor dari Hospital Sungai Buloh di mana Azean akan dibedah memaklumkan kepada keluarganya bahawa komplikasi-komplikasi lain memberikan risiko satu hingga lima peratus.

Azean sepatutnya dibedah semalam, Khamis 18 April 2013 tetapi terdapat insiden kemalangan maut mangsa lain yang lebih memerlukan pembedahan dengan segera. Untuk itu, pembedahan Azean telah dijadualkan semula pada Isnin, 22 April 2013.

Berdasarkan pengemaskinian laman Facebook anak bongsunya, Inessa Irdayanty, pembedahan tersebut perlu dijalankan dengan teliti kerana tumor tersebut perlu dikeluarkan daripada selaput perlindungan otak ibunya.

Justeru, pembedahan ini nanti akan memakan masa yang panjang. Pihak hospital juga kini tidak membenarkan pelawat bermula Khamis hinggalah beliau dibawa ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas pembedahan nanti.

Inessa merayu orang ramai yang mengenali ibunya mendoakan agar pembedahan ibunya selamat tanpa komplikasi dan tenaga ibunya itu kembali pulih.
Bagi mereka yang ingin menyumbang kepada kos pembedahan Azean, mereka boleh menghulurkan terus ke akaun Azean Irdawaty Yusoef 16240100009490 (RHB Bank).

Pada Januari 2013 lalu, tim Rumah Anak Teater; Nam Ron (Pengarah Artisktik), Pekin Ibrahim (pelakon) dan Faisal Mustaffa (Penerbit Eksekutif) sempat melawat seniwati itu di rumah beliau.

Azean merupakan pengkritik hebat produksi-produksi Rumah Anak Teater sebelum ini di mana anak sulung beliau Benjy pernah terlibat dalam dua produksi mereka; Tattoo Gestapo dan M. Butterfly.

Astro Awani

Tidak ada komentar:

Posting Komentar