Kamis, 18 April 2013

DAP gugurkan Ronnie, Teresa dari senarai DUN

KUALA LUMPUR: Exco Selangor Ronnie Liu telah digugurkan dari senarai calon DAP pada pilihan raya umum kali ini.

Manakala Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok disahkan tidak akan mempertahankan kerusi DUN Kinrara sebaliknya hanya diletakkan sebagai calon di kerusi parlimen Seputeh.

Ronnie yang merupakan penyandang wakil rakyat DUN Pandamaran dipertanggungjawabkan untuk memegang portfolio Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor.

DAP turut menyenaraikan pengarah strateginya Ong Kian Ming untuk kerusi parlimen Serdang, menggantikan penyandang Teo Nie Ching yang dipilih untuk bertanding di kerusi Pulai, Johor.

Penyandang kerusi DUN Sungai Pinang Teng Chang Khim pula akan mempertahankan kerusinya.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang ditanya mengenai keputusan tidak mencalonkan Teresa di kerusi negeri berkata, ia adalah atas permintaan Exco Selangor itu sendiri.

"Keputusan ini berdasarkan input dan pendatangan dari pelbagai pihak, jadi saya rasa kita biarkan sebegitu," kata beliau yang turut mengumumkan 19 senarai DAP Selangor.

Sepuluh daripada 15 calon DAP di kerusi negeri adalah muka baru.

Sementara itu bagi Melaka, penyandang kerusi DUN Kota Laksamana Betty Chew yang mengumumkan untuk tidak bertanding, akan digantikan dengan ADUN veteran tahun 90an, Lai Keun Ban.

Manakala kerusi parlimen Sarawak 13 senarai calon.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar