Rabu, 17 April 2013

Umum tanding bebas, Teng bidas Shariff dan Mohan

GEORGETOWN: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow membidas tindakan dua pemimpin parti itu yang mengumumkan untuk bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.

Beliau berkata bekas Ketua Umno Bahagian Tasek Gelugor, Datuk Seri Mohd Shariff Omar dan Penyelaras Gerakan Batu Kawan Mohan Apparoo lebih mementingkan diri sendiri daripada kepentingan parti.

"Saya akan menyerahkan kepada parti untuk mengambil tindakan disiplin terhadap mereka.

"Dalam kes Mohan, dia telah keluar daripada Gerakan.

"Saya mengucapkan semoga berjaya kepada mereka pada pilihan raya umum nanti," katanya menerusi satu kenyataan media pada Rabu.

Kedua-dua pemimpin itu digugurkan daripada senarai calon di negeri masing-masing pada PRU-13.

Mohd Shariff yang merupakan bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, dia akan bertanding di kerusi Parlimen Tasek Gelugor atas tiket Pakatan Rakyat.

p/s: Buat masa sekarang, ahli-ahli BN tidak patut memikirkan kepentingan diri sendiri, tidak kira siapa pun calon, apa yang penting sekarang adalah kemenangan Barisan Nasional. 

Pihak-pihak yang dilihat sebagai pembelot ini seharusnya bekerja keras untuk Barisan Nasional. Macamlah Pulau Pinang tu dulu BN yang pegang. 

Dah elok-elok susun, ada la sebabnya, jangan pentingkan diri sendiri..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar