Senin, 08 April 2013

ABPBH 2012: Insiden peluk Tomok dan Fizz Fairuz, itu 'pelukan sahabat' kata Nabila Huda

Jika anda menyaksikan siaran langsung malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) pada Ahad, pasti anda dapat melihat aksi Nabila Huda memeluk Fizz Fairuz dan Tomok ketika menerima trofi kemenangannya untuk kategori Pelakon TV Wanita Popular.

Tindakan Nabila itu sudah tentu mengundang pelabgai reaksi. Ada yang tidak kisah, ada juga yang berpendapat dia tidak sepatutnya berbuat begitu.

Mengulas tentang aksi pelukannya itu, Nabila yang ditemui selepas acara berakhir memberitahu pelukannya itu berlaku secara spontan dan ia adalah pelukan sahabat.

“Sebaik sahaja nama saya diumumkan sebagai pemenang, saya sebenar peluk semua orang sebelum naik ke pentas. Itu aksi spontan saya. Saya peluk Fizz Fairuz dan Tomok kerana mereka sahabat saya. Saya mengenali mereka sudah lama dan mereka tahu perjalanan kerjaya saya bagaimana. Kalau orang hendak mengata tindakan saya itu, saya tidak boleh berbuat apa-apa. Saya tidak kisah pun kerana saya tidak boleh tutup mulut orang. Saya tak nak hipokrit. Ini adalah diri saya,” ulas Nabila tegas.

Sementara itu, Nabila juga berkongsi cerita bahawa buah hatinya, Nas-T cukup gembira dan bangga dengan kemenangannya itu.

“Hubungan cinta saya dan Nas-T baru sahaja bermula. Sudah tentu dia berasa cukup gembira apabila nama saya diumumkan sebagai pemenang. Dia juga bangga dapat menjadi lelaki yang berada di samping saya ketika saat-saat ini. Sebagai teman lelaki dan juga sahabat yang sudah lama saya kenali, Nas-T banyak memberi sokongan dan galakan kepada saya. Dia tahu minat saya dalam bidang lakonan macamana,” ujar Nabila teruja.

Gua.com.my

Tidak ada komentar:

Posting Komentar