Selasa, 09 April 2013

'Nak kahwin dengan anak mat salih, mesti la nak seksi' - Rozita Che Wan

Janda meletop, Rozita Che Wan aka Che Tah, 40, menegaskan beliau tetap dengan pendiriannya tidak akan berubah termasuklah berubah penampilan daripada gemar tampil seksi kepada tampil dengan imej yang dikatakan lebih sesuai dengan umurnya, semata-mata hanya kerana orang lain.

Menurut aktres jelita ini, dia selesa dengan imejnya kini meskipun pernah tercetus kontroversi dan mendapat kritikan pedas daripada peminat ekoran gambar aktres itu yang dimuat naik di instagramnya yang dikatakan terlalu seksi.

"Saya tak akan berubah semata-mata sebab orang lain. Saya selesa dengan apa yang saya pakai sekarang. Buat apa nak berubah sebab orang lain, kan...", katanya kepada Malaysian Digest.com ketika diminta mengulas mengenai kontroversi tersebut.

Sungguhpun ibu anak dua ini tidak kisah dengan kritikan sesetengah pihak tetapi bagi kekasihnya , Zain Saidin, aktor itu agak panas telinga bila mendengar buah hatinya dikecam dan dileparkan kata-kata kurang enak didengar. Sehingga pemuda kacukan Melayu-Inggeris itu bertindak memadamkan gambar-gambar Che Tah dari Instagramnya.

"Itulah... baik kan teman lelaki saya (Zain). So sweet... Saya tak kisah pun dia delete gambar-gambar saya. Dia cakap pada saya yang dia tak tahan tengok saya kena kutuk. Saya tak baca pun komen-komen tu. Dia yang baca komen-komen tu, dia yang sakit hati. Dia kata, "I sakit hati bila tengok diorang ngata you", ujarnya, mengulas mengenai hal berkenaan.

Dalam masa sama, Che Tah memaklumkan sidang media khas mengenai perkahwinannya akan diadakan selepas hari raya Aidilfitri nanti.

Penampilan seksi Rozita Che Wan bersama Shah Iskandar pada malam ABPBH2012
"InsyaAllah, berkenaan PC tu nanti, saya akan buat lepas raya. Nanti kita akan beritahu lebih lanjut berkenaan tarikh nikah, tempat, persiapan dan sebagainya. Setakat ni memang banyak pihak datang dan menawarkan pelbagai tajaan, tapi kami akan pilih lah mana yang sesuai.

"Majlis akan diadakan di Kuala Lumpur, senang nanti pihak media nak datang, tak payah pergi jauh-jauh. Kalau ikutkan saya nak buat seringkas mungkin. Nikah saja cukup sebab yang penting kehidupan selepas perkahwinan. Tapi maklumlah kahwin dengan orang bujang kan... jadi dia (Zain) yang over. Dia nak lah buat itu lah, inilah (gelak)", katanya sambil mengakui berasa gementar menantikan hari dia bakal kembali bergelar isteri.

Dalam pada itu Che Tah sempat diusik dengan pertanyaan mengenai busana perkahwinannya sama ada dia memilih memakai gaun yang kelihatan seksi atau busana tradisional.

"Eh, kahwin dengan anak mat salih you..., mestilah nak seksi (gelak). Tapi, tengok lah macam mana nanti, kan", jawabnya dengan nada bergurau.
- mD

Tidak ada komentar:

Posting Komentar