Minggu, 14 April 2013

Mat Taib hantar borang PAS kepada Haron Din?

SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib atau lebih dikenali sebagai Mat Taib dilaporkan telah menyertai PAS hari ini.

Maklumat tidak rasmi mengatakan beliau telah menyerahkan borang keahlian kepada Datuk Dr Haron Din di rumah Timbalan Mursyidul Am PAS itu di Bangi.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka bakal mengisytiharkan perkara tersebut malam esok.

Beliau pernah menjadi Menteri Besar Selangor dari tahun 1986 hingga 1997. Beliau menjadi ADUN Batang Kali selama empat penggal.

Mat Taib pernah dipalitkan dengan tuduhan membawa wang tunai berjumlah 2.3 juta dalam mata wang Malaysia, Singapura, New Zealand Dollar.

Namun Mahkamah Brisbane, Australia mendapati beliau tidak bersalah.

Antarapos

Tidak ada komentar:

Posting Komentar