Senin, 01 April 2013

Perogol malang masuk perangkap!

TELUK INTAN – Sikap buas seorang lelaki yang berhasrat untuk memperkosa seorang gadis buat kali kedua bukan sahaja tidak kesampaian malah, dia dicekup polis selepas dijejaki berdasarkan nombor telefon yang diberi kepada mangsa.

Suspek berusia 31 tahun tersebut diberkas Ahad lalu selepas seorang wanita berumur 22 tahun membuat laporan mengatakan dia telah dirogol setelah terpedaya dengan helah lelaki itu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang (gambar) berkata, sehari sebelum tangkapan, suspek telah mencipta satu kemalangan dengan melanggar mangsa dari belakang hingga menyebabkan gadis berkenaan patah tangan.

Katanya, suspek memandu sebuah kereta manakala mangsa menunggang motosikal ketika kejadian di pada pukul 7.30 pagi itu berlaku.

“Suspek kemudian berpura-pura mahu menghantar mangsa yang tercampak ke dalam semak hingga patah tangan kiri akibat dilanggar ke Hospital Teluk Intan.

“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa telah bersetuju sebelum dia dibawa ke kawasan sawah padi lalu diperkosa,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Kosmo!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar