Rabu, 03 April 2013

PRU13 (Melaka): DUN Melaka dibubarkan hari ini juga

MELAKA: Beberapa wartawan menunggu pertemuan di antara Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob dengan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam sejak pagi Rabu di pejabatnya.

Ali Rustam dijangka bertemu dengan Mohd Khalil kira-kira pukul 12.05 tengah hari tadi untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Update!

Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka dibubarkan selepas Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob menandatangani watikah pembubaran jam 1 tengah hari tadi.

Sementara itu, Speaker Dun Melaka, Datuk Othman Mohamad pula memberitahu, pihaknya akan memaklumkan mengenai pembubaran kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri selepas mesyuarat Exco terakhir petang ini.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar