Kamis, 11 April 2013

Video kontroversi: Setiausaha Agung PAS akhirnya jawab pertuduhan blogger

KUALA LUMPUR: Setiausaha Pas, Datuk Mustafa Ali menepis dakwaan beberapa blog pro UMNO berhubung pendedahan rakaman video seks yang dikaitkan dengan beliau yang tersebar sejak semalam.

"Tidak perlu komen," katanya dalam satu mesej SMS kepada Astro Awani.

Naib Presiden Pas, Husam Musa sebelum itu dilaporkan berkata, rakaman video itu palsu dan ia tidak perlu disiasat oleh parti Islam itu.

" Jika mereka boleh buat video Datuk Seri Anwar Ibrahim, mereka boleh buat video melibatkan sesiapa sahaja," katanya seperti dipetik oleh laman web berita, Malaysiakini.

Gambar dan sebahagian daripada rakaman video berkenaan mula tersebar di beberapa blog pro-UMNO sejak semalam.

Ia mendakwa rakaman penuh video itu menunjukkan pemimpin kanan Pas itu bersama seorang wanita yang tidak dikenali dalam sebuah bilik hotel.

Penulis blog Papagomo mendakwa wanita dalam video itu mengaku diupah oleh PKR untuk memerangkap pemimpin Pas itu.

Akhbar The Star melaporkan polis Terengganu merampas foto dan 16 keping VCD yang didakwa mengandungi rakaman aksi seks lelaki yang dikatakan menyamai pemimpin Pas itu.

Rakaman itu difahamkan diedar di Jalan Sekolah dan Taman Hidayah di Besut kira-kira pukul 7.40 pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Terengganu, ACP K Manoharan berkata, VCD dan foto itu ditemui dalam beberapa sampul surat.

"Penduduk kampung yang memaklumkan penemuan itu kepada polis mendakwa ia diedarkan oleh beberapa lelaki yang tidak dikenali. Anggota polis dikerah ke tempat kejadian dan merampas barang-barang itu," katanya seperti dipetik oleh The Star.

ACP Manoharan juga berkata, tidak tangkapan dibuat dan menggesa saksi tampil untuk membantu siasatan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar