Selasa, 09 April 2013

Mantan Menteri Besar Perak bakal sertai PAS, sapa bawak cerita?

LUMUT: Seorang bekas menteri besar yang pernah mentadbir Perak dikatakan bakal menyertai PAS tidak lama lagi.

Perkara ini didedahkan Datuk Seri Nizar Jamaludin dalam ucapannya ketika beliau diumumkan bertanding di kerusi DUN Changkat Jering pada pilihan raya umum akan datang, malam Selasa.

Walaubagaimanapun beliau tidak mendedahkan nama bekas menteri besar berkenaan.

"Seorang mantan menteri besar (Perak) akan memberikan borang masuk PAS," katanya ringkas.

Nizar berkata mengetahui perkara itu ketika mesyuarat ahli jawatankuasa PAS Pusat, Selasa.

Sebelum pentadbiran Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sekarang, Perak pernah ditadbir oleh Abdul Wahab Toh Muda Abdul Aziz, Mohamed Ghazali Jawi, Shaari Shafie, Ahmad bin Said, Kamaruddin Mohd Isa, Wan Mohamed Wan Teh, Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Datuk Seri Mohd Tajol Rosli (tidak termasuk Nizar).

p/s: Nizar ni, kalau bab reka cerita cukup pandai, nak raih sokongan pun pandai, pembohong lagi pandai, kena bohong selalu juga...!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar