Rabu, 03 April 2013

PRU13 (Kedah): DUN Kedah sah bubar

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata beliau akan menghadap Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur pada esok berhubung urusan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Selepas itu barulah beliau akan menghadap Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah di sini bagi memohon perkenan untuk
membubarkan DUN.

Update!
ALOR SETAR 5 April - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah berkuatkuasa hari ini bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak dengan pilihan raya umum ke-13.

Beliau membuat pengumuman itu di Istana Anak Bukit di sini selepas mendapat perkenan Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang dipengerusikan Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah.

Semalam, Azizan menghadap Sultan Kedah yang juga Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu"adzam Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur untuk mendapatkan perkenan Seri Paduka bagi pembubaran DUN Kedah. - BERNAMA



Tidak ada komentar:

Posting Komentar